Rabu, 15 November 2017

TEKNIK MENJAWAB KARANGAN SPM




Karangan SPM perlu dikuasai oleh semua murid yang mengambil SPM kerana ini merupakan mata pelajaran yang wajib lulus. Oleh yang demikian, pelajar perlu banyak membuat latihan supaya dapat membuat karangan yang berkualiti.
Teknik Menjawab
1.   Penulisan Karangan
Bagi karangan Bahagian B, anda perlu menulis karangan anda melebihi 350 patah perkataan. Bagi memastikan karangan anda pada tahap cemerlang, pastikan karangan anda mempunyai tujuh perenggan atau melebihi tiga muka surat.
Cadangan jumlah patah perkataan ialah perenggan pendahuluan dalam 70 patah perkataan, isi dalam 80 patah perkataan (80 X 5 isi = 400) dan penutup dalam 70 patah perkataan.
Jadi, jumlah keseluruhan karangan anda ialah 500 patah perkataan dan memenuhi kehendak arahan soalan
2.   Formula Penulisan Karangan
Pendahuluan (anggaran 70 patah perkataan)
Pendahuluan = PU/DEFINASI + AH + AC + AA
 Penyataan Umum (PU) / Definisi
– Terdiri daripada satu ayat sahaja.
– Ditulis berdasarkan tajuk.
Ayat Huraian (AH)
– Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.
– AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
– AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan).
– AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
Ayat Contoh (AC)
– Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.
– Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan       kehendak soalan.
Ayat Arah (AA)
– Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.
– Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.
– Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.
Peringatan :
– Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.
– Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.
– Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.
Isi (anggaran 80 patah perkataan)
Isi = AT + AH + AC + AP
Ayat Topik (AT)
-Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
-Ditulis pada permulaan ayat.
-Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.
Ayat Huraian (AH)
-Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
-Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)
-Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Ayat Contoh (AC)
-Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
-Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan  kehendak soalan.
-Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.
Ayat Penegas (AP)
-Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
-AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan -maksud yang sama dengan AT.
Peringatan :
-Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
-Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.
-Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).
Penutup (anggaran 70 patah perkataan)
Penutup  = AK + AC + AH
Ayat Kesimpulan (AK)
-Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
-Merumuskan keseluruhan karangan.
-Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).
Ayat Cadangan (AC)
-Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
-Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
-Tidak memerlukan huraian panjang.
Ayat Harapan (AH)
-Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
-Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
-Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.
Peringatan :
-Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
-Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
-Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.
3. Kelebihan Menggunakan Formula
1.   Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.
2.   Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang hendak ditulis.
3.   Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4.   Perenggan yang seimbang dan sekata.
5.   Komponen karangan lengkap – ada pendahuluan, perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.
Ciri-ciri Karangan Cemerlang
Sesebuah karangan yang cemerlang harus memenuhi kriteria-kriteria yang berikut :
1. Sekurangnya-kurangnya menuis dua ungkapan menarik seperti peribahasa, hadis, cogan kata, kata-kata orang ternama, pantun dan seumpamanya.
2. Sekurang-kurangnya terdapat dua variasi ayat seperti ayat tanya, ayat majuk, ayat aktif, ayat pasif dan seumpamanya.
3. Sekurang-kurangnya terdapat dua kosa kata berdarjat tinggi seperti macapada ini, anjakan paradigma, menggembleng sinergi dan sebagainya.
4. Karangan mesti ditulis berselang sebaris antara perenggan.
5. Lima perenggan isi mesti terdiri daripada isi pokok, huraian, contoh dan penegas.
6. Setiap ayat yang ditulis mesti mempunyai subjek dan predikat yang lengkap.
7. Tulisan kemas, bersih dan selesa dipandang.
Kelemahan Calon
1. Gagal mengarang mengikut jumlah kata yang dikehendaki.
2. Mampu menulis tujuh perenggan tetapi setiap perenggan tidak seimbang.
3. Calon menggunakan peribahasa yang tidak sesuai.
4. Kosa kata yang digunakan terhad / umum.
5. Memulakan ayat dengan salah – menggunakan itu / ini
6. Idea tidak menunjukkan kematangan calon.
7. Menghuraikan dua isi dalam perenggan yang sama atau satu isi dalam dua perenggan.
8. Calon terlupa menulis ayat penegas/kesimpulan dalam setiap perenggan.
Diharapkan nota ini dapat membantu guru dan pelajar dalam membimbing dan menulis karangan yang cemerlang. Sering membuat latihan dapat membantu murid dalam membiasakan diri menulis karangan yang berkualiti.
Akhir kata, pihak TUISYEN INDIVIDU mengucapkan ribuan terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

7 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih ...

iqbal berkata...

Terima kasih tuan diatas perkongsian ini, saya mohon izin tuan untuk saya gunakan sebagai bahan pengajaran semoga ilmu ini dapat disampaikan kepada anak didik saya.

Unknown berkata...

tq

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih .

Tanpa Nama berkata...

Bapa Saya

Tanpa Nama berkata...

Thank you so much for infomatian

Tanpa Nama berkata...

thankyou

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran