Ahad, 10 Disember 2017

KALENDAR 2018 DAN PERBEZAAN TAKWIM,JADUAL & KALENDAR


Sebelum kita pergi jauh, sebetulnya admin nak tanya adakah anda semua tahu apa perbezaan antara Takwim, Jadual dan Kalendar ini? Adakah semuanya sama sahaja atau penggunaannya adalah berbeza?
Definisi Takwim, Jadual dan Kalendar
Mengikut carian di Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), Takwim dan Kalendar memberikan maksud atau definisi yang hampir sama sahaja. Malah, 2 perkataan ini dikatakan sinonim. Apa yang berbeza ialah takwim dikatakan berasal dari bahasa arab manakala kalendar berasal dari bahasa inggeris.
Definisi Bahasa Asal Sinonim
Takwim Daftar hari bulan Arab kalendar, penanggalan, almanak.,
Kalendar Senarai atau daftar hari bulan Inggeris takwim, almanak, penanggalan, daftar hari bulan.,
Jadi, boleh dikatakan penggunaan takwim atau kalendar adalah sama sahaja dari segi maksud. Tetapi ini jauh berbeza dengan Jadual. Mengikut PRPM, jadual bermaksud :
1 susunan acara mengikut masa yang ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pada pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2 senarai nama (orang, barang dll) yang ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1 menentukan waktu untuk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pada hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dalam bentuk jadual; membuat jadual tentang sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Jadi, diharap kita tahu perkataan mana yang kita nak guna selepas ini. Tidak lagu rasa keliru dan tidak yakin bila nak guna perkataan jadual, bila nak guna takwim dan bila nak guna kalendar. Kemudian, apa kata kita lihat sedikit mengenai jenis-jenis kalendar, takwim dan jadual ini.
Jenis-jenis Takwim, Kalendar dan Jadual di Malaysia yang Masih digunakan
Sebenarnya ada banyak jenis kalendar di dunia ini yang pernah digunakan, masih digunakan dan ada yang sudah tidak digunakan lagi. Namun, biasanya asas pengiraan kalendar ialah berdasarkan ilmu pengetahuan yang tinggi tentang astronomi atau lebih tepat mengenai bulan dan matahari. Mari saya jelaskan secara ringkasannya.
3 Jenis Takwim atau Kalendar Utama di Dunia
Kalendar Suria ( Matahari)
Kalendar Qamari (Bulan)
Kalendar Lunisolar (Gabungan Matahari + Bulan)
Fahami Kalendar Suria (Solar / Matahari)
Seperti yang kita tahu, Kalendar Suria ialah berpandukan matahari semata-mata. Konsep ini sebenarnya mengikut atau berdasarkan perubahan musim. Contohnya kalendar yang menggunakan Kalendar Suria ini ialah :
Kalendar Gregorian
Kalendar Gregorian ialah takwim yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Sebenarnya, kalendar Gregorian ialah hasil penambahbaikkan dari Kalendar Julian.
Takwim Julius @ Julian
Kalendar ini mula diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar. Ia dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah dan mungkin direka bentuk lebih kurang menyamai tahun tropika yang telah diketahui sekurang-kurang sejak zaman Hipparchus lagi. Tahun Julius terdiri daripada 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambahkan pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julius mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.
Apa itu Kalendar Qamari (Bulan)
Kalendar Qamari atau juga dikenali sebagai Kalendar Bulan dan Kalendar Lunar merupakan satu sistem kalendar yang berdasarkan kepada fasa bulan. Kalendar jenis ini sangat terkenal dan diguna pakai oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Contoh kalendar Qamari ialah :
Takwim Hijrah
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah ialah hasil daripada ilham Khulafa Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Sayidina Umar Al-Khattab r.a. Sayidina Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasulullah SAW untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / takwim Islam.
Peristiwa tersebut ialah peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Makkah ke Madinah. Ini kerana hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada Rasul-Nya dan agama Islam ditegakkan. Hasil daripada itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil daripada pilihan Umar itu.
Kenali Kalendar Lunisolar (Matahari + Bulan)
Kalendar Lunisolar pula sedikit berbeza dimana ianya adalah hasil gabungan antara kedua-dua bulan dan matahari. Contohnya ialah :
Kalendar Cina
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu, dan Perayaan Kuih Bulan, serta dalam bidang astrologi, seperti memilih tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan.
Penjelasan Ringkas Beza Pengiraan Tahun Kalendar Masihi dan Kalendar Islam
Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah.
Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali. Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai.
Fakta Menarik Perbezaan Umur Kita Antara Kalendar Masihi dengan Kalendar Islam
Baiklah, penerangan ringkas diatas mungkin ada juga yang belum faham. Bagi memudahkan lagi apa yang telah diterangkan, mari kita lihat contoh dibawah.
Nota ringkas beza tahun masihi dan hijrah ialah :
1 Tahun Masihi : 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat
1 Tahun Hijrah : 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat
Maka, beza setahun antara tahun masihi dan tahun hijrah ialah 10hari 21jam 20minit dan 33.5saat. Jika dilihat perbezaannya mungkin sedikit, tetapi juba kita kira bagi tempoh 32 tahun masihi, maka bezanya boleh mencapai setahun!
Ini bermakna, setiap kali 32 tahun masihi, umur hirjah kita meningkat 1 tahun lebih dari umur masihi iaitu 33 tahun. Contohnya ialah seperti dibawah :
Cikgu Mohd Afizi dilahirkan pada tahun 1980. Maka umurnya pada tahun 2018 ialah 38 tahun. Tetapi pada kiraan umur kalendar islam kalendar hijrah, umurnya ialah 38 + 1 tahun (kerana sudah lebih 32tahun) = 39 tahun.
Cikgu Ahmad pula dilahirkan pada tahun 1950. Maka umurnya pada tahun 2018 ialah 68 tahun. Tetapi mengikur kiraan umur kalendar islam, umur Cikgu Ahmad ialah 68 + 2 tahun (kerana sudah lebih 2 kali 32 tahun) = 70 tahun.
Menarik bukan? Jadi cuba kira umur anda dalam kalendar islam. Mudah sahaja, jika anda masih belum capai usia 32 tahun, maka umur kalendar islam anda adalah sama sahaja dengan kalendar masihi. Tetapi jika anda sudah lebih 32 tahun, tambah 1 tahun bagi setiap 32 tahun masihi itu.
Kalendar 2018 Lengkap 12 Bulan untuk Malaysia
Kalendar 2018 yang ini adalah sangat berguna dan terperinci. Anda boleh jadikan panduan bagi membuat perancangan atau persediaan untuk thaun 2018 nanti.

CARA UNTUK MENGATASI ANAK HIPERAKTIF

MENGATASI ANAK HIPERAKTIF

Apa itu ADHD?

ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive.

Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.

Teknik menarik minat anak ADHD belajar

Sebagai ibu bapa yang memiliki anak ADHD, kita sepatutnya tidak perlu merasa tertekan atau sedih. Mungkin agak kepenatan menjaga mereka tetapi kita harus bersyukur kerana anak-anak ini adalah anugerah dari yang maha esa. Di sini kami ingin berkongsi beberapa tips dan cara untuk menarik minat kanak-kanak hyperactive ini untuk belajar.

Kanak-kanak normal pun 'enjoy' suasana begini
Kanak-kanak normal pun ‘enjoy’ suasana begini

1. Atur suasana ruangan dengan menjaga pengcahayaan yang redup atau mainkan muzik yang tenang ketika anak hyperactive ini perlukan ketenangan.

Biarkan mereka 'explore' dunia luar
Biarkan mereka ‘explore’ dunia luar

2. Peruntukan waktu setiap hari untuk melakukan aktiviti luar seperti olahraga, berlari, memanjat dan sebagainya. Namun sebelum itu pastikan anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti ini bersama mereka.

Pukul berapa kelas nak habis ni?
Pukul berapa kelas nak habis ni?

3. Cuba ringkaskan subjek matapelajaran agar mereka tidak bosan dengan pembelajaran yang panjang.

Penggunaan visual atau gambar lebih efektif dan menyeronokkan
Penggunaan visual atau gambar lebih efektif dan menyeronokkan

4. Jadi lebih kreatif dalam menarik minat anak untuk belajar. Contohnya gunakan lebih banyak visual atau gambar yang berwarna-warni untuk menerangkan sesuatu kepada kanak-kanak ini. Pastikan teknik pembelajaran yang diberikan penuh variasi dan berubah-ubah setiap hari.

Selain mewarna boleh cuba menyanyi pula
Selain mewarna boleh cuba menyanyi pula

5. Fokus pada bidang atau aktiviti yang boleh menimbulkan minat dan kesukaan pada kanak-kanak ini.

Berikan 'extra' kasih sayang kepada mereka
Berikan ‘extra’ kasih sayang kepada mereka

6. Beri lebih tumpuan dan kasih sayang kerana kanak-kanak hyperactive akan lebih mendengar kata jika selalu dipeluk, bercakap lembut dengan mereka dan juga diberi lebih perhatian.

Bukan asingkan terus ya!
Bukan asingkan terus ya!

7. Jauhkan anak-anak ini dari tempat yang boleh mengganggu konsentrasi mereka seperti tingkap, gambar, mainan atau kawan yang boleh menarik perhatian mereka.

Selamat mencuba!







CIRI-CIRI ANAK HIPERAKTIF

CIRI ANAK HIPERAKTIF
===================

Apa itu ADHD?

ADHD adalah singkatan kepada Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau dalam erti kata lain hyperactive. Selalunya ibu bapa dan guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah teransang, lasak atau tidak dengar cakap ini sebagai hyperactive. Boleh dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak menghidap ADHD dan sekurang-kurangnya seorang murid di dalam sebuah kelas dikategorikan sebagai hyperactive.

Anak hyperactive akan selalu bergerak dan tidak pernah puas dengan permainan mereka. Kadangkala jika diperhatikan, mereka seakan-akan mencipta permainan sendiri tetapi ia masih tidak mampu menarik perhatian mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengenalpasti ciri-ciri anak hyperactive. Malah mereka juga perlu mempelajari beberapa tips untuk memahami samada anak mereka jatuh dalam kategori benar “hyperactive” atau biasa sahaja.

Tanda-tanda ADHD

Kanak-kanak ADHD yang hiperaktif selalunya menunjukkan tingkahlaku yang terdapat dalam 3 kategori besar samaada di rumah, sekolah dan sebagainya.
Susahnya nak duduk diam
Susahnya nak duduk diam

1. Hiperaktiviti

Jika diperhatikan, kanak-kanak hyperactive ini sangat cergas seolah-olah tenaga mereka 2 kali ganda. Mereka juga tidak boleh duduk diam di dalam kelas dan sentiasa akan berlari dan memanjat. Adakalanya mereka akan mengusik orang lain tanpa sebab. Jika kanak-kanak ini terlibat dalam aktiviti senyap, mereka akan menghadapi kesukaran untuk memberikan perhatian.

2. Tempoh tumpuan yang singkat

Kebanyakan kanak-kanak hyperactive akan menunjukkan tanda seperti susah untuk memberikan tumpuan yang lama apabila ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bercakap dengannya. Paling lama tumpuan dapat diberikan hanya dalam 10 minit sahaja. Selain itu mereka juga tidak dapat mengikut peraturan dan gagal menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan. Malah tidak hairan jika mereka sering kehilangan alat tulis setiap kali ke sekolah. Ada setengah kes yang agak berat, kanak-kanak hyperactive ini lebih mudah lupa walaupun tidak logik mengikut usia sebenar mereka.

3. Kurang sabar

Disebabkan kanak-kanak ini terlalu cergas, mereka juga akan menghadapi tekanan di mana mereka kurang sabar dalam kehidupan seharian. Jika di kelas, mereka selalunya akan cepat memberi jawapan sebelum soalan yang lengkap diajukan. Hal ini terjadi kerana mereka kurang sabar untuk menunggu dan mahu semuanya cepat sahaja. Mungkin kerana ini juga mereka cenderung untuk mengganggu perbualan orang lain. Jika orang tidak memahami masalah mereka, anak-anak ini akan dianggap biadap. Akibat dari sikap kurang sabar ini juga mereka lebih mudah mendapat kemalangan








LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran