Pelajar lepasan tahun enam (6) dan tingkatan tiga (3) bagi sesi persekolahan 2015 sudah tentu akan membuat pilihan terbaik untuk mendapatkan pendidikan selanjutnya
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menjadi pilihan utama pelajar cemerlang"
Ini kerana Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang malah dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang
Berikut MYsumber sediakan ruangan maklumat antaranya berkaitan dengan permohonan, syarat pemilihan dan kelayakan bagi permohonan ke sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2016
PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2016 TINGKATAN 1
Dibuka 15 Oktober 2015
Ditutup 15 November 2015
Pautan Laman Sistem Borang Klik Aplikasi Sistem Permohonan SBP 2016 Tingkatan 1 KPM
Permohonan Atas Talian (Online) KPM
Info SBP Klik Soalan Pertanyaan Dan Jawapan Umum
(FAQ) Tentang Permohonan SBP 2016
Pautan Portal Rasmi KPM http://www.moe.gov.my
Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Akan Dimaklumkan Kemudian SBP Tingkatan 1 tahun 2016
Nota Penting :
- Pemohon hendaklah mendapat bimbingan daripada ibubapa ataupun guru semasa mengisi borang permohonan online SBP 2016 bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa memasukkan setiap data maklumat yang diperlukan dalam sistem tersebut
- Ini kerana, sebarang kesilapan seperti tidak mengisi maklumat dengan betul dan tepat antara salah satu punca yang boleh menyebabkan permohonan calon untuk ke SBP gagal
- Baca dan fahami dahulu panduan memohon yang disertakan pada laman sistem permohonan adalah langkah terbaik bagi mengelakkan kesilapan
- Sila membuat semakan semula maklumat yang diisi itu dengan teliti sebelum mengesahkan dan mencetak permohonan yang telah dilengkapkan
- Sebarang pengemaskinian seperti untuk membetulkan kesilapan boleh dilakukan sepanjang tempoh permohonan masih dibuka
SYARAT PEMILIHAN BAGI TINGKATAN SATU (1)
- Murid mestilah Warganegara Malaysia
- Dari Sekolah Tahun 6 Kebangsaan
- Memperolehi 5A Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
- Aktif dalam kokurikulum
Kriteria yang dinyatakan dibawah mungkin boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu:-
- Murid mencapai sekurang-kurangnya 4A 1B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan
- Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam UPSR dan aktif dalam kokurikulum
PERMOHONAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2016 TINGKATAN 4
Dibuka 10 Disember 2015 Ditutup 30 Disember 2015 Pautan Laman Sistem Borang Akan Disertakan Kemudian Permohonan Atas Talian (Online) Info SBP
Pautan Portal Rasmi KPM http://www.moe.gov.my Tarikh Semakan Keputusan Tawaran SBP Tingkatan 4 Akan dimaklumkan kemudian tahun 2016
SYARAT PEMILIHAN BAGI TINGKATAN EMPAT (4)
- Murid mestilah warganegara Malaysia
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
- Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam PBS (PT3) atau sekurang-kurangnya 6A (termasuk Sains dan Matematik)
- Aktif dalam kokurikulum
Pautan Sumber: mysumber.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan