Isnin, 16 November 2015

Guru sekolah VS guru tuisyen



Sebelum itu, saya ingin menegaskan bahawa saya bukan hendak mencetuskan kontroversi atau spekulasi ataupun kenyataan yang konkrit bahawa guru di sekolah adalah tersangat bagus, namun saya akan menyatakan beberapa perkara untuk menjernihkan persoalan ini.

Saya kira, kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anaknya ke pusat tuisyen pada hari ini. Ada juga yang masih memberi kepercayaan kepada guru di sekolah dengan menghantar anak-anak mereka menghadiri kelas tambahan di sekolah. Segala apa-apa yang kita lakukan itu semuanya demi kemajuan akademik anak-anak.

Berilah kepercayaan kepada guru di sekolah
Pada awal bulan lepas, saya menghadiri satu mesyuarat Panitia Bahasa Melayu peringkat Daerah.

Dalam mesyuarat itu timbul satu isu yang dibawa oleh Ketua Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu UPSR yang mengatakan begini: ada ibu bapa menyerangnya di sekolah dengan mengatakan bahawa cikgu ajar anaknya salah, tak sama dengan cikgu yang mengajar di pusat tuisyen.

Apabila cikgu ini bertanyakan semula kepada ibu bapa tersebut, di mana beliau menghantar anaknya dan siapakah guru di pusat tuisyen tersebut dan apakah opsyen pengajarannya, barulah jelas bahawa "cikgu" di pusat tuisyen itu bukan guru opsyen Bahasa Melayu dan tidak pernah pun menjadi pemeriksa kertas Bahasa Melayu. Atau lebih sedihnya lagi apabila "guru" yang mengajar di pusat tuisyen itu bukan seorang guru dan tiada kelulusan ikhtisas. Mengajar untuk mencari pendapatan sampingan (jika beliau seorang yang berdedikasi tidak menjadi masalah, teruskan).

Seperkara lagi, saya berharap ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada guru di sekolah untuk mendidik anak-anak mereka. Hal ini demikian guru di sekolah sudah terlatih dan banyak kelebihannya berbanding guru di pusat tuisyen.

Kelebihan guru di sekolah
Guru di sekolah juga ada antaranya merupakan pemeriksa kertas peperiksaan, oleh itu beliau tahu bagaimana hendak memberi tips dan cara terbaik untuk murid menjawab dan skor markah.

purata murid di sekolah lebih ramai di pusat tuisyen
Selain itu, guru di sekolah juga sentiasa mendapat input dan maklumat dari masa ke masa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Peperiksaan, malah guru-guru dalam jangka waktu tertentu akan dipanggil berkursus untuk menambah pengetahuan dan kemahiran.

Oleh itu, kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen haruslah membuat sedikit tinjauan kemampuan pusat tuisyen itu dalam menyediakan perkhidmatan terbaik.

Barangkali satu kelebihan di pusat tuisyen ialah mereka mampu memberikan tumpuan kepada murid tersebut memandangkan jumlah murid yang sedikit. Itu tidak bermakna, guru yang mengajar di sekolah mengabaikan murid yang rata-ratanya satu kelas 40 orang murid. Kami akan cuba yang terbaik.

Nota: Entri ini sekadar cetusan pandangan. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapapun. VIA : http://mieadham86.blogspot.my/ Setelah anda membaca entri di atas, tentu ada perasaan risau kan untuk menghantar anak anda ke mana-mana pusat tuisyen.. Tapi, anda jangan risau kami Tuisyen Individu menyediakan tutor yang betul2 berpengalaman dan berkualiti untuk membantu pembelajaran anak anda. Sekian, Terima kasih

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran