Isnin, 18 Januari 2016

Permohonan UPU IPTA 2016-2017 beli nombor PIN BSN

Permohonan kemasukan ke IPTA untuk sesi akademik 2016/ 2017 bagi lepasan SPM/ Setaraf dan lepasan STPM/ Setaraf akan dibuka mulai 18 Januari 2016 bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 April 2016, jam 4 petang
Permohonan UPU online bagi sesi akademik 2016/ 2017 adalah merangkumi permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
PERMOHONAN UPU IPTA SESI 2016/ 2017 BELI NOMBOR UNIK ID BSN
Sebagai makluman, untuk mengemukakan permohonan dan mengakses sistem borang permohonan online, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dibuka untuk jualan
Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Sesi 2016 – 2017
Tarikh penjualan nombor pin unik ID UPU di BSN bagi permohonan sesi akademik 2016 adalah bermula pada 18 Januari 2016 sehingga 4 April 2016Sila rujukTunjuk LinkJadual Penjualan Dan Tarikh Pembelian No Unik ID Di BSN
Nombor Unik ID tersebut boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja)
Sila pastikan anda membeli nombor Unik ID BSN mengikut kategori masing-masing iaitu
Kategori Lepasan SPM/ Setaraf (SPM, Sijil SKM, Sijil ILKA dan Sijil Kolej Komuniti)
Kategori Lepasan STPM/ Setaraf (STPM, Matrikulasi KPM, STAM, Diploma Setaraf, Asasi UiTM dan Asasi UM)
Sila rujuk kepada infografik permohonan UPU online yang disertakan untuk mendapatkan keterangan yang lebih jelas
INFOGRAFIK PERMOHONAN UPU / IPTA ONLINE SESI AKADEMIK 2016/ 2017
Permohonan IPTA UPU Online 2016
Maklumat Lanjut, Panduan Dan Pertanyaan
Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman akaunTunjuk LinkFacebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
Ataupun dengan melayariTunjuk LinkPortal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan PelajarMenerusi Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, pemohon boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan yang telah tersedia melalui menu-menu seperti berikut
Panduan Semakan Syarat
Panduan Permohonan IPTA
Panduan Permohonan ILKA
Soalan Lazim
Syarat AM Permohonan
Butiran Lengkap Cara Mendapatkan Nombor Unik ID
Senarai Pekeliling
Sila manfaatkan dengan membaca setiap info-info serta maklumat penting di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar bagi memudahkan pemohon membuat permohonan selain dapat mengelakkan daripada membuat sebarang kesilapan
Aplikasi Sistem Borang Permohonan Online UPU
Setelah mendapatkan no unik ID BSN bagi permohonan UPU 2016 mengikut kategori masing-masing, pemohon boleh mula membuat permohonan secara online
Permohonan perlu dibuat melalui aplikasi atas talian (online) di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar menerusi pautanTunjuk Linkhttps://online.mohe.gov.my
Sistem aplikasi permohonan UPU online hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh 18 Januari 2016 mulai jam 12 tengah hari dan ikuti arahan seterusnya melalui laman sistem permohonan tersebut
Nota
Proses permohonan UPU online akan menjadi mudah dan berjalan lancar sekiranya pemohon meluangkan masa membaca info dan maklumat penting berdasarkan kategori permohonan masing-masing di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar kerana setiap maklumat yang diperlukan sudah tersedia
Setiap pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat yang tepat melalui Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) dan Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU)
Sebarang pertanyaan dan mendapatkan jawapan yang tepat bagi setiap soalan hendaklah dibuat menerusi Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) kerana admin atau moderator yang mengendalikan akaun Facebook tersebut akan membantu pemohon ataupun menghubungi talian bantuan UPU (03) 88706767 / (03) 8870 6777
Sebelum membuat pertanyaan sila baca dahulu infografik ‘soalan-soalan lazim’ yang terdapat di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar kerana setiap jawapan kepada soalan yang sering ditanya oleh pemohon sudahpun disertakan 

Pautan sumber : mysumber.com

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran