Selasa, 21 Februari 2017

Kelebihan Tuisyen Individu(Home Tuition) Berbanding Pusat Tuisyen



Tuisyen Individu merupakan pembelajaran tambahan yang memang diperlukan sekiranya pelajar tidak dapat menguasainya sesuatu mata pelajaran di sekolah.

Tuisyen terbahagi kepada 2 iaitu Tuisyen Invidu (Home Tuition) dan Pusat Tuition. 
Bagi Tuisyen Individu (Home Tuition), kebiasaannya seorang guru dan seorang pelajar (ataupun 3 orang pelajar) manakala bagi pusat tuisyen, kelas pembelajaran lebih kurang sama seperti di sekolah.

Perbezaan yang ketara adalah bagi Tuisyen Individu (Home Tuition, 
====================================================

1- Cikgu tuisyen datang ke rumah pelajar
2- Ia sangat menjimatkan masa pelajar dan ibu bapa. 
3- Pelajar belajar dalam keadaan selesa di rumahnya sendiri dan tiada masalah pelajar melencong ke tempat lain sekiranya pergi ke pusat tuisyen. 

Manakala bagi Pusat Tuisyen, kebiasaannya ibu bapa perlu menghantar anak ke pusat tuisyen. Lepas hantar, nak kena ambil pula. 

1- Tidak puas lagi duduk selepas hantar ke pusat tuisyen, nak kena ambil pula. Sesetengah pusat tuisyen ada juga menyediakan pengangkutan seperti van tetapi ini akan memakan masa pelajar kerana jika kelas bermula pada pukul 8:30 malam, 
2-pelajar terpaksa keluar dari rumah seawal pukul 7:40 malam untuk menaiki van kerana ramai pelajar yang perlu diambil.

3- Pembelajaran pusat tuisyen sama seperti di sekolah dimana ramai pelajar dalam sebuah kelas. 
4- Cikgu tuisyen tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap kesemua pelajarnya. 

Bagi Tuisyen Individu (Home Tuition), cikgu tuisyen dapat memberikan perhatian sepenuhnya dan jika tidak faham terhadap sesuatu topik, 

  • **cikgu akan dapat memberi penerangan dengan serta merta. Jika ada membuat kesilapan, cikgu tuisyen akan terus dapat membetulkannya. 

  • Pelajar juga tidak malu untuk bertanya kepada cikgu tuisyen manakala jika berada di pusat tuisyen, ramai pelajar yang malu untuk bertanya kerana takut diketawakan bertanya soalan bodoh, padahal memang ramai yang tidak faham.

  • Bagi Tuisyen Individu (Home Tuition), cikgu tuisyen dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar dengan cepat dan proses pembelajaran akan berlaku dengan mudah

  • Pelajar akan mendapat banyak masa untuk membuat latihan bersama-sama dengan cikgu tuisyen. Jika berada di Pusat Tuisyen, cikgu tuisyen akan memastikan semua pelajar faham dan tahap kefahaman seseorang pelajar itu berbeza-beza

  • Banyak masa yang diperlukan oleh cikgu tuisyen dan yang paling sedih, jika pelajar itu tidak faham juga selepas beberapi kali diterangkan, cikgu tuisyen akan terus ke topik seterusnya sama macam sekolah jugakk

Oleh itu ibubapa harus bijak memilih Tuisyen untuk anak-anak mereka, walaupun korbankan sedikit wang ringgit tetapi anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik..

~Mudahnya Belajar Bersama Tuisyen Individu~

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran