Isnin, 8 Mei 2017

TIPS KESIHATAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH CARA MENGHADAPI CUACA PANAS TERIK



TIPS KESIHATAN  KEPADA PELAJAR SEKOLAH CARA MENGHADAPI CUACA PANAS TERIK


Cuaca panas terik dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pada tahun ini dijangkakan cuaca panas melampau dan kering akan berlarutan sehingga September. Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘Heat Stroke’, ‘Strok Haba’ atau ‘Kejutan Suhu Panas’ berikutan cuaca panas dan kering sekarang ini. Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.
.
A) MAKSUD STROK HABA
.
‘Strok Haba’ (Heat Strok) iaitu ‘Kejutan Suhu Panas’ adalah penyakit yang berkaitan dengan haba yang amat serius (Penyakit Suhu Panas Luar Biasa). Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation). Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian suhu badan melampau (hyperthermia) dan berkaitan disfungsi pusat sistem saraf dan kegagalan  fungsi organ.
.
.
B) KESAN STROK HABA
.
1)  Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas
.
Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.
Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di pelbagai tahap suhu disebabkan oleh :~
1.       Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
2.       Kumpulan umur
3.       Kecergasan individu
.
.
2)  Kesan Dan Risiko Kesihatan Cuaca Panas
.
Kesan dan risiko kesihatan disebabkan cuaca panas melampau termasuk :~

1.       Heat Fatigue – Keletihan/kelesuan akibat panas
2.       Heat Syncope – Pitam/pengsan akibat panas
3.       Heat Cramps – Kekejangan akibat panas
4.       Heat Exhaustion – Keletihan/kepenatan akibat panas
5.       Heat Stroke – Strok akibat panas
.
.
C) SIMPTOM STROK HABA
.
.
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai, bergantung kepada situasi, keterukan atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi termasuklah :~
1.       Pitam
2.       Sawan
3.       Dahaga
4.       Berpeluh
5.       Kekejangan
6.       Lemah tumpuan
7.       Tubuh kekejangan
8.      Tekanan darah rendah
9.       Lemah otot-otot badan
10.   Loya, mual dan muntah
11.    Keletihan dan kemalasan
12.    Denyutan nadi yang pantas.
13.    Kulit kering dan kemerahan
14.    Pening dan Sakit kepala berdenyut
15.    Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
.
.
D) KOMPLIKASI
.
Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 90°F (32.2°C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100%, penyejatan peluh tidak lagi mungkin, dan badan kehilangan keupayaan untuk mengurangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyah-hidratan yang teruk dan mungkin boleh membawa kepada kematian.
Komplikasi atau keadaan teruk yang paling rumit boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas adalah :~
1.       Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan)
2.       Kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).
3.       Bengkak tisu otak
4.       Kerosakan organ badan seperti ginjal, jantung dan hati
5.       Strok panas terlampau boleh menyebabkan maut
.
.
E) KUMPULAN BERISIKO
.
Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Secara umumnya, pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 90°F (32.2°C) atau kelembapan melebihi 60% mendatangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan haba. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk mengalami kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuk :~
.
1.       Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
2.       Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
3.       Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
4.       Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
5.       Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
6.       Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.
.
.
F) PENCEGAHAN
.
“Mencegah adalah baik daripada mengubati!” terutamanya untuk mereka yang di klasifikasi dalam kumpulan berisiko tinggi. Mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dalam keadaan cuaca panas. Di bawah adalah tip–tip pencegahan :~
.
Tips Mencegah Risiko Dan Bahaya Akibat Cuaca Panas
.
Berikut adalah beberapa tip pencegahan ketika cuaca panas melampau.
.
1) Keperluan / digalakkan
.
Ketika cuaca panas melampau antum perlulah :~
.
1.       Hadkan aktiviti luar
2.       Pakai topi atau payung yang bersaiz besar
3.       Minum banyak air, tanpa mengira tahap aktiviti anda.
4.       Berehat dengan kerap di tempat yang teduh dan sejuk
5.       Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan tubuh anda
6.       Berada di tempat terlindung seperti dalam rumah / bangunan
7.       Memakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8.      Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kain kapas atau linen
9.       Pakai cermin mata hitam dan gunakan losyen pelindung matahari
10.   Minum minuman isotonik atau air kelapa kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
.
.
2) Larangan
.
Elakkan ketika cuaca panas melampau daripada :~
.
1.       Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2.       Jangan biarkan hingga diri anda dahaga dan badan kekurangan air.
3.       Elakkan berada di kawasan tempat terbuka apabila cuaca panas.
4.       Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup rapat.
5.       Bersenam dan melakukan aktiviti dalam persekitaran yang panas
.
.
G) RAWATAN
.
1)  Cara mengatasi masalah dan bahaya akibat cuaca panas terik :~
.
1.       Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
2.       Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
3.       Gunakan kipas untuk sejukkan badan
4.       Keluar dari kawasan berhawa panas
5.       Tanggalkan pakaian yang ketat
6.       Minum air setiap 15 minit
.
.
2)  Langkah menghadapi kekejangan otot :~
.
1.       Keluar dari kawasan yang panas
2.       Letakkan bungkusan ais/air batu
3.       Regangkan otot-otot yang terlibat
4.       Minum air dengan kekerapan setiap 15 minit
5.       Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk sementara waktu.
.
.
3)  Dapatkan Bantuan Doktor Perubatan
.
Dapatkan bantuan pakar perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah :~
1.       Kerap muntah
2.       Susah bernafas
3.       Kekeliruan/kebingungan
4.       Denyutan jantung bertambah kencang
5.       Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
6.       Jika gejala berterusan tanpa peningkatan, atau
7.       Kurang tumpuan dan berlaku gangguan psycomotor.


SEMOGA BERMANFAAT UNUTK SEMUA J

#TUISYENINDIVIDU
#TUISYENINDIVIDUHOMETUITION
#TUISYENINDIVIDUDIKELANTAN
#TUISYENCLASSIX


Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran