Khamis, 8 Jun 2017

CARA UNTUK DIET DIBULAN PUASA





============================================
DIET YANG SIHAT UNTUK KURUS DIBULAN PUASA
============================================
Kurus masa puasa memang best ?
Semua orang nak ambil peluang nak buang lemak-lemak, berat badan yang berlebihan ketika puasa. Bajet tak makan 30 hari, jadi sahur dan berbuka pun ambil makanan sikit je. Memang akan ada peluang untuk kurus. Tapi jangan silap sangka, sebab kurus tuh bukan kurus yang sihat. Hoo, macam tu pulak ye. Berat memang turun tapi belum tentu sihat, takut-takut boleh naik kembali lepas raya, huhuhuhu.
Kenapa Kurus Tapi Tak SIHAT ?
Bunyi macam mengerikan, huhuhuhu. Oklah, jawapannya mudah je. Sebab yang dibakar, yang berkurang mungkin sekali ialah jisim otot, bukannya bakar lemak. Orang yang puasa, kurang makan, biasanya akan berlaku pengurangan jisim otot, dan bukannya jisim lemak yang diinginkan. Silapnya jadi yoyo, berat naik, turun,naik,turun, dan naik kembali pun ada.
Macam Mana Nak Kurus Dengan Betul ?
TAk susah pun, kalau kita nak kekalkan jisim otot, kita kenalah ambil makanan yang ada Leucine. Hhaha, apa itu ? ini salah satu 9 asid amino yang sangat penting untuk pengekalan jisim otot. Hhaha, sebab tu , kalau nak mudah, bolehlah ambil makanan tambahan leucine yang dibuat khas untuk mengekalkan jisim otot.
Bila Nak Ambil ?
Bagusnya, bolehlah ambil masa sahur, makan dengan roti lagi bagus. Kalau makan nasi pun ok, tapi takut takut badan boleh jadi letih, sebab nasi biasalah, kanji banyak dan Tinggi indeks glisemik, jadi terlalu cepat rembesan gula, buat badan bertenaga sekejap je, lepas tuh letih tak terkata. Masa ni bagus ambil makanan yang rendah GI, hooo, macam produk soya semula jadi. Baurlah rasa bertenaga. Nak bagus lagi tambahlah dengan kurma.
Nafsu Minum Air Manis Masa Berbuka
Memang bernafsu, tengok air dekat bazaar ramadhan memang sedap. Tapi jaga-jaga, minum air manis pun tak berapa elok. Ingat tak pasal makanan GI nih, boleh buatkan anda cepat letih, dan tak bagus untuk kulit anda, dan kesihatan. Minumlah sikit pun ok, tapi banyakkan minum air kosong.
Rajin Buat Kerja
Bulan puasa ni bukan bulan nak bermalas malas juga. Kalau betul betul wira, buatlah kerja kerja kebajikan, gotong royong bersihkan masjid ke, pergi surau, dan sebagainya. Bagusnya, bila anda bergerak banyak, kalori akan terbakar banyak, membantu anda untuk menguruskan badan.
Selamat BERPUASA
Selamat menyambut Ramadhan dari team Diet Diet Sihat. Semoga korang semua terus sukses, menghayati sepenuhnya ramadhan dan rajin-rajin pergi masjid atau surau yang berdekatan. Oklah, selamat beramal dengan tips yang diberikan. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran