1. Soalan pemahaman petikan hanya menguji aspek pengetahuan tentang teks yang dibaca. Murid membaca dan memahami kandungan teks lalu mencari maklumat yang disoal.
2. Baca petikan dengan teliti supaya isi petikan dapat anda fahami.
3. Baca soalan-soalan serta pilihan jawapan yang dikemukakan dengan teliti.
4. Cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda / menggaris isi dalam teks.
5. Garisi jawapan sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.
6. Telitilah jawapan pilihan yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu benar-benar menepati kehendak soalan.
7. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis kata tanya) Membayangkan kerencaman (kepelbagaian) tugasan dalam buku soalan. Contoh kata tugas:
8. Berhati-hatilah ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik penyoalan. Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar, lawan, seerti dan sebagainya.
9. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa merujuki konteks ayat. Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata, maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan konteks ayat dalam petikan.
10. Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk tersirat. Misalnya, soalan yang bertanyakan pendapat anda. Untuk menjawab soalan seperti ini, carilah jawapan yang paling tepat dan logik.
11. Sekiranya terdapat soalan yang menanyakan tema, isi-isi penting dan tajuk, anda perlu memahami petikan tersebut secara keseluruhannya untuk mendapatkan jawapannya.
#TUISYENINDIVIDU
#TUISYENINDIVIDUHOMETUITION
#TUISYENINDIVIDUDIKELANTAN
#PRIVATEHOMETUTION
#TUISYENTERMURAHDIKELANTAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan