Ahad, 15 Oktober 2017

GURU PEMALAS




***********************
GURU PEMALAS
***********************

Wahhh...bila dibaca daripada tajuknya mesti ramai "GURU/CIKGU" yang terpanggil untuk membaca dan memberikan komenkan..

Ye benar,pihak kami sekadar ingin membuat perkongsian dan inginkan respon BAIK daripada IBUBAPA DAN GURU berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh seorang bapa ..

Ceritanya begini...JENG...JENG...JENG... (sound track JAMES BOND)... hehe

===============================================
Terpanggil sy sekadar utk berkongsi apa yg terjadi kpd ank sy yg br berusia 8thn..

Bila ada latihan @ kerja rumah yg diamanahkan beliau akan beria2 utk menyiapkan serta berlatih..
Sekali dgn ibubapa beliau akan ajak bersama2 utk melakukannnya wpun kami byk lg kerja lain..

Akhirnya siap semua latihan serta keja rumah..
Dengan muka happy akan ke sekolah...

Mlm ibubapa akan tanya mcm mn kakak kerja rumah n latihan yg kakak buat semlm?

Dengan muka kecewa dan tawar .. cikgu x minta n buat pun...
Ibubapa cepat tukar topik lain kerana sudah nmpk muka yg sedikit suram di situ..

# sekadar pandangan..

Kami faham kesibukan para guru dlm mlaksanakan tugas seharian bhadapan dgn pelbagam ragam murid2 di sek..

Mohon hargailah kerja mereka dgn mengutip buku latihan wpun tdk sempat tanda semak..
Ini sudah cukup mereka merasa kerja mrk dihargai waima tdk semua pelajar yg hbs menyiapkan kerja mereka...

Sbb implikasinya sy dpt kesan bilamana cikgu mberi kerja rumah sikap utk nenangguhnya sudah wujud dlm diri mereka...

"Kakak ada kerja rumah?"
Ada..
"Kenapa x buat?"
X per cikgu bkn nk semak n kutip pun..
"Kakak x blh mcm tu.. setiap kerja yg diamanahkan olh guru perlu dilaksanakan wpun cikgu x kutip. Mungkin cikgu ada alasan dia yg tersendiri.

Wpun kita nmpk remeh tp kesannya amat mendalam dlm diri murid2 yg sedang mbesar.

# maaf jika ada yg tersinggung.. sy sekadar berkongsi pengalaman.

X semua guru bersikap begitu..
Cuma apa yg hendak sy sampaikan adalah EMOSI ank2 kecil yg mahukan pujian dan penghargaan bkn hanya dgn barang cukup sekadar pujian...

=============================================

Haaaa... begitulah ceritanya.. Disini ADMIN bukan niat untuk menunding jari kepada mana-mana pihak sama ada guru atau pun ibubapa tetapi sekadar perkongsian bersama sahaja..

Moral of the story :

1) Syabas untuk ibubapa yang sibuk berkerja tapi masih sempat untuk luangkan masa membantu anak siapkan kerja sekolah
2) Tahniah untuk ibubapa yang sentiasa mengambil berat tentang persekolahan anak-anak
3) Thumb up untuk parent yang sentiasa remindkan anak-anak tentang kerja sekolah yang perlu disiapkan
3) Syabas untuk ibubapa yang mengajar anak bersifat amanah dan sentiasa berfikiran positif terhadap guru
4) Contohi lah guru yang sentiasa memberikan kerja sekolah untuk anak-anak ulangkaji agak tidak mudah lupa
5) Amalkanlah sikap tidak lepas tangan walaupun sesi pembelajaran sudah tamat dengan memberikan kerja sekolah
6) Tindakan guru yang memberikan kerja sekolah kepada anak-anak bukanlah untuk membebankan tetapi untuk memanfaatkan masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.

Berfikrkan kita secara positif kerana aura positif akan meresap dalam diri sebagaimana kita bersangka baik dengan orang lain..

Ingat ye..yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan...

Dipersilakan SHARE jika anda rasa ia bermanfaat untuk anak-anak dan boleh dijadikan contoh kepada IBUBAPA..

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran