Assalamualaikum dan selamat petang semua warga muka buku yang dikasihi sekalian alam..
Macam mana dengan cuti sekolah?? best ke??
Untuk yang berkerja mohon redhakanlah diri anda sebab berkemungkinan besar anda dapat cuti esok sebab cuti hari DEEPAVALI kan..
Macam mana persiapan hari DEEPAVALI anda?? Dah siap ke ?? Berapa peratus yang dah settle ??Untuk yang tidak berkenaan mohon jangan over excited macam korang yang celebrate ye..
Tak ada apa yang penting cuma ADMIN nak share sedikit kisah pelajar yang sentiasa " NAK SCORE A"..
Tak belajar boleh ke kita score dalam exam ?? Sepanjang musim exam ni dah banyak kali terjumpa dengan pelajar-pelajar yang suka menggunakan ayat basi dengan berkata , “Aku tak study pun.” Ooohh...ok. Tak study dengan erti kata betul-betul tak study ataupun memang awak study tapi terasa seperti tak study. Study tapi dah lupa apa yang dibaca. Study tapi study hard je tak study smart . So rasa macam tak study.
Isu disini hanya nak menggariskan ayat ‘Aku Tak Study Pun’.
So disini timbullah satu persoalan dibenak fikiran kita sama ada kalau seseorang itu tak belajar adakah boleh dia mendapat result yang baik. Pernah lihat seorang kakak yang sangat beria-ria menafikan yang dia tak belajar. Dia tak sempat nak belajar. Exam yang lepas dia cakap tak dapat jawab sebab tak belajar. Ada juga yang cemas sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sebab tak belajar pun ataupun tak habis belajar lagi. Agak-agak macam manalah performance mereka ni dalam dewan peperiksaan??
Boleh jawab ataupun tidak. Boleh menggoreng jawapan ataupun tidak.
Kita bandingkan dengan yang dah belajar ni. Mereka selalu sebut:
"Weh! Aku dah study dah tajuk nie tapi time exam tadi bleh plak tak ingat”
ataupun
“Aku study yang lain, yang lain plak yang masuk”
ataupun
“Aku boleh jawab tadi sebab aku sempat study topic tue.” Yang paling best dengar adalah,
“Alhamdulillah…. Bleh la jawab.”
Ini yang dah belajar still cakap macam tak yakin jer. Yang tak belajar tu macam mana pula kan??. Nak cakap kesian kat mereka, kat diri sendiri pun perlu dikesiankan.
Dalam hati pelajar akan ada satu perasaan yang halus. Yang kadang-kadang mempertikaikan kebolehan diri sendiri. Sebabnya, sepanjang musim peperiksaan ni memang dirasakan diri mereka betul-betul belajar tetapi bila exam je masih tak dapat nak menjawab dengan sebaiknya. Terlintas dalam hati yang mereka kononnya belajar bagai nak ‘rak’ pun still tak boleh jawab, macam mana pula dengan mereka yang tak belajar tu kan ? Boleh jawab ke tidak. Result orang yang dah study pun kadang-kadang tunggang terbalik, inikan pula result orang yang tak study.
Ok… jangan melatah terlalu awal. Jangan negatifkan pemikiran dengan asyik berkadang-kadang tu. Kadang-kadang tu hanya satu kebarangkalian sahaja. Jangan ingat orang yang tak study tu resultnyer teruk dan jangan ingat orang yang study tu resultnya gempak.
Tapi jangan pula kita tak study walaupun dah tahu exam esok lusa dah kan. Tanggungjawab kita sebagai pelajar haruslah belajar.
Pernah dengar orang kata:
“Nasib je tu dapat score exam.”
Eh..hello! Ingat semua orang akan bernasib baik ke. Ingat kalau tak belajar masih boleh dapat result yang baik sebab nasib menyebelahi kita. Mengarut. Orang kata berusaha dahulu sehabis mungkin dan bila dah berusaha yang tinggal hanya tawakal kepada Allah. Ni berusaha tak dah nak tawakal bagai.
Mana ada kenikmatan disebalik itu. Malas berusaha tapi inginkan kenikmatan. Tak semua yang kita nak itu akan dapat dengan mudahnya. Macam belajar lah jugak, kalau kita nak nikmat result yang baik kita kene belajar. Jangan cakap tak belajar pun boleh dapat result yang baik. Itu hanyalah kebetulan sahaja.
Anda sebenarnya masih ada banyak kekurangan berbanding dengan orang yang belajar. Orang yang belajar akan mendapat lebih banyak peluang. Lebih banyak idea dan lebih banyak nikmat. Orang yang belajar akan selalu tidak puas dan dari ketidakpuasan ini akan mendorong mereka untuk lakukan yang lebih baik dari sebelumnya. Akan membuatkan mereka terus terusan berusaha. Nak dibandingkan dengan orang yang tidak mahu belajar.
Walaupun mereka mendapat result yang terbaik mereka akan cepat puas. Bila kepuasan ini berada dalam diri mereka, mereka mungkir nikmat. Bila mereka mungkir nikmat mereka akan cepat lalai dalam berbuat sesuatu. Misal kata untuk semester ini, dia malas sangat untuk belajar. Exam esok hari still bermalas-malas untuk belajar. Baca buku pun sekadar dipinggiran. Bila dapar result elok sedikit dan cukup-cukup makan mereka rasa puas. Mereka rasa cukup.
Bila pemikiran kita dah disetkan yang tak belajar masih boleh dapat result yang baik makanya timbullah satu sifat dalam diri. Sifat malas dan selesa. Berada dikedudukan yang selesa tak kan selama-lamanya akan tenteram. Tiba masanya mereka akan kecundang. Kecundang dengan kelalaian diri sendiri. Untuk berundur meniti masa lalu adalah tidak mungkin. Tapi kita mungkin boleh berubah. Untuk suatu perubahan memang payah kalau jiwa dah berada dalam ‘comfort zone’.
Mungkin ada yang tersedar dari lamunan setelah mendapat result yang teruk. Dari situ mereka cuba perbaiki diri. Alhamdulillah… itu adalah yang terbaik. Tapi bagi mereka yang masih tidak sedar-sedar dan berada dalam ‘comfort zone’ inilah yang seharusnya dipertikaikan. Sampai bila nak berpegang pada prinsip ‘ tak study pun boleh score’.
Mungkin dirasakan dirinya cerdik berbanding yang lain. Cerdik pandai adalah satu kelebihan. Tapi kalau cerdik tapi tidak pandai menggunakan kelebihan itu adalah kebodohan. Kalau yang tak cerdik tapi rajin., Insya Allah… akan ada kebaikkan baginya. Yang penting berusaha. Tanpa usaha siapalah kita. Bermula dari kesusahan sebelum kesenangan.
Kita hidup ini bukan sekadar untuk hal-hal dunia sahaja, Akhirat nanti kita juga akan dipersoalkan. Apa didikkan yang kita dapat dari dunia. Ilmu apa yang kita belajar untuk dunia dan akhirat. Cukupkah amal yang akan kita bawa nanti. Dari situlah kita sebagai manusia perlu belajar. Mana yang kurang perlu dicukupkan. Mana yang terlebih, dibagi-bahagikan. Masa muda inilah masa yang sesuai untuk menuntut ilmu.
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلَّ مُسْلِمٍ
Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim (Riwayat Ibn Majah)
Adik-adik sekalian, sister and brother. Jangan jadi malas. Jangan terus ke medam perang tanpa ilmu didada. Jangan terus berjuang tanpa peralatan ataupun persiapan yang lengkap. Kadang-kadang anda boleh tersenyum tawar dengan usaha yang sedikit cuma, tapi anda akan boleh tersenyum lebar dengan usaha yang banyak yang membawa kepada kejayaan anda sendiri.
Pepatah ada mengatakan, ‘Tuntulah ilmu sehingga ke Negeri China.’
Tapi sekarang bukan negara China je kalau nak belajar.. Korea,Paris pun boleh belajar.. Sambil belajar sambil jejalan kan best..
"SHARING IS CARING"
IKhlas dari #TUISYENINDIVIDU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan