Selasa, 28 November 2017

8 Cara Didik Anak Rajin Bantu Ibu Bapa Buat Kerja Rumah

8 Cara Didik Anak Rajin Bantu Ibu Bapa Buat Kerja Rumah

Anak-anak belajar melalui pemerhatian, sikap, emosi dan apa yang diajar oleh papa dan mama. Kalau anda mahukan anak-anak rajin membantu dan ringan tulang, eloklah didik dan pupuk mereka melakukan hal tersebut sejak kecil lagi.

Sebaik-baiknya bila anak sudah pandai berjalan, maka anda boleh mula mengajar mereka pelajaran baru iaitu menolong ibu bapa membuat kerja rumah.
Mengajar anak membantu dalam membuat kerja rumah bukan hanya penting kepada anak perempuan sahaja tetapi anak lelaki pun perlu diajar sama.
Mungkin semasa mereka masih kecil tidak nampak lagi impaknya tetapi percayalah selepas 20 tahun, anda akan bersyukur kerana bertegas dan mengajar anak-anak untuk membantu membuat kerja rumah.
Kalau anda belum mulakannya, masih belum terlambat untuk lakukan sekarang.
Di sini beberapa tips yang boleh membantu ibu bapa untuk menerapkan sikap suka suka menolong membuat kerja rumah untuk anak-anak.

1. BERI KERJA YANG MUDAH
Bila hendak mula ajar anak tolong buat kerja rumah mestilah ikut kesesuaian usia mereka. Contohnya kalau anak yang berusia bawah dua tahun, boleh ajar mereka tolong masukkan pakaian kotor dalam bakul atau menghantar botol susu di sinki selepas habis minum dan sebagainya lagi yang bersesuaian.
Jangan beri kerja yang sukar untuk dilakukan kerana risau mereka akan mudah bosan dan berputus asa untuk menolong.

2. KURANGKAN BERMAIN GAJET
Gajet memang perlu dijauhkan daripada anak-anak kecil. Lupakan seketika gajet semasa dalam proses mendidik anak membuat kerja rumah.
Jangan lekakan anak dan diri sendiri dengan gajet. Banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu bijak membahagikan masa tetapi sepatutnya lebihkan masa dengan anak-anak. Mmebuat kerja rumah bersama-sama keluarga lebih seronok dan meriah.

3. AGIHKAN TUGAS
Kalau anda mempunya lebih daripada seorang anak, buat pengagihan tugas di rumah. Masing-masing perlu diberi tugas dan tanggungjawab mengikut usia mereka.
Ia bagi mengelakkan berlaku pergaduhan dan perasaan iri hati sesama adik-beradik.

4. BERI PUJIAN & GANJARAN
Kanak-kanak memang suka dipuji kalau mereka buat sesuatu perkara yang baik. Tak salah beri pujian kepada anak-anak yang rajin membantu kerja rumah.
Pujian dan kata-kata yang baik boleh meransang anak-anak untuk lebih rajin membantu pada masa akan datang.

5. BUAT PERTANDINGAN
Untuk menggalakkan anak-anak rajin membantu membuat kerja rumah, boleh buat satu pertandingan. Siapa yang paling cepat, pantas dan sempurna menyiapkan tugasan yang diberi akan mendapat hadiah.
Hadiah tak perlu yang mahal-mahal. Belanja makan aiskrim kegemaran sudah cukup menggembirakan anak.

6. JANGAN HALANG ANAK HENDAK MENOLONG
Kadang kala ada mama yang malas hendak layan keinginan si kecil untuk membantu. Jangan halang mereka, berikan peluang anak untuk membantu walaupun ia tidak sempurna dan mungkin akan lebih bersepah rumah dibuatnya.
Selalunya dalam hal ini, anak-anak lebih gemar membantu membuat kek, kemas rumah atau mengecat.

7. BUAT KERJA & BERSERONOK
Janganlah anda asyik membebel dan marahkan anak apabila meminta mereka tolong buat kerja rumah. Sebaliknya ajaklah dengan nada yang lemah lembut dan buat kerja dalam keadaan berseronok. Barulah anak pun jadi rajin nak tolong.

8. BANYAKKAN BERSABAR
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak buat kerja rumah. Jadi ibu bapa perlu banyak bersabar dan tidak berputus asa mengajar mereka.

Jangan harapkan mereka boleh bantu buat kerja rumah dalam sekelip mata. Proses mendidik mengambil masa yang lama untuk mendapatkan impak untuk masa depan.
uk satu kemahiran yang dapat merangsang perkembangan kemahiran motor anak anda. Ia turut mengajar mereka lebih menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa. Semoga tips ini berguna dan dipraktikkan kepada anak anda dirumah.

SHARE...SHARE...SHARE...









Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran