Selasa, 26 Disember 2017

KEBURUKAN GADJET KEPADA PELAJAR

KEBURUKAN GADJET KEPADA PELAJAR
**************************************************

Gajet membantu dalam pembelajaran, namun tidak menggalakkan pembelajaran inovatif – remaja terlalu bergantung kepada gajet dari sejak kecil boleh membantutkan kreativiti dalam mencari penyelesaian bagi masalah kerana mereka terlalu dimanjakan dengan maklumat.

Tidak menggalakkan perbualan/berinteraksi di antara ibu bapa dan anak-anak – perhubungan digital boleh menyebabkan hubungan ibu bapa dan anak-anak menjadi renggang apabila terlalu asyik dengan gajet. Jangan biarkan gajet menjadi penghalang dalam hubungan kekeluargaan.

Boleh menyebabkan gangguan tidur – Untuk manusia normal, kita perlu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.Kita selalu tidur lambat disebabkan leka bermain gajet sehingga lewat malam.Kesannya cahaya yang bersinar dari skrin gajet boleh mengganggu tubuh kita yang sedang bersedia untuk tidur.Ini menyebabkan kita sering tidor lewat malam.

Menyebarkan khabar angin - Gajet telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin yang nyata palsu seperti yang  disebarkan melalui sms,whatsapp, serta kemudahan yang lain.Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan terlebih dahulu dengan mudah akan menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah memberi impak yang buruk kepada pihak tertentu.

Menjejaskan pelajaran - Keburukkan ini khusus kepada para pelajar dimana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan gajet.Ianya sekaligus telah melalaikan mereka. Pelbagai aplikasi yang menarik dalam gadjet lebih menarik minat mereka daripada menghadap buku pelajaran. Sekiranya pelajar membawa gadjet ke dalam kelas, perkara lebih buruk akan berlaku dimana tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru akan terjejas.

#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyenindividudikelantan #privatehometuition #tuisyentermurahdikelantan

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran