******************************************************
“HANIS walaupun baru setahun, dah kenal nombor 1 hingga 10. A,B,C pun laju aje. Tapi bab warna, memang payah. Semua benda dia kata warna biru. Bukan tak pernah ajar, tapi liat sikit HANIS nak kenal warna lain.”
Memang seronok bila anak kecil mula nak pandai mengenal warna.
Biasanya apabila berusia 18 bulan, bayi sudah mula mengenal warna. Mereka semakin mahir dalam membezakan setiap warna apabila berusia dua hingga tiga tahun.
ANAK KURANG MINAT KENAL WARNA?
Namun, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran melatih anak dalam mengenali warna berbanding nombor.
Jangan putus asa. Anak kecil biasanya sukakan warna-warna terang. Perkenalkan warna asas iaitu merah, hijau, kuning dan biru.
Beri mereka ‘tangkap’ empat warna itu terlebih dahulu sebelum memperkenalkan warna-warna lain.
Ajar anak kenal warna
5 AKTIVITI MENGAJAR ANAK KENAL WARNA
Anda juga boleh lakukan pelbagai aktiviti mengenal warna bersama anak antaranya:
1. KENAL WARNA MELALUI MAKANAN
Sambil menyediakan hidangan keluarga, latih anak mengenali warna melalui bahan makanan yang digunakan.
Contohnya seperti “putihnya warna nasi ni”, “nampak segar sayur bayam hijau tu” atau “berikan ibu tomato merah tu”, secara tidak langsung anak dapat membezakan warna.
2. KENAL WARNA MELALUI MUZIK
Muzik dan nyanyian banyak membantu dalam perkembangan minda bayi. Pasang video beranimasi yang bermain dengan warna dan ajak anak nyanyi bersama.
Banyak video berasaskan warna yang boleh didapati secara mudah melalui laman Youtube, tak kiralah dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Secara tak langsung membantu anak mengenali warna.
3. BANDINGKAN OBJEK SAMA YANG BERLAINAN WARNA
Anak kenal warna
Foto Kredit: livestrong.com
Untuk buat perbezaan warna, gunakan dua objek yang sama dengan warna berlainan.
Jadi anak akan dapat membezakan warna dengan mudah.
4. MAIN PERMAINAN YANG BERWARNA-WARNI
Ajak anak main permainan yang banyak gunakan warna seperti blok binaan, ‘puzzle’ dan sebagainya.
Ia bukan sahaja dapat merangsang minda anak, malah ternyata ianya dapat membantu menjadikan anak-anak lebih aktif dan seronok.
Dengan ini anak akan mudah belajar mengenai warna.
5. GUNA BUKU MEWARNA
Beli buku mewarna dan ajak anak untuk mewarna sama.
Anda boleh guna pensel warna atau krayon dan ajar anak kenal warna melaluinya.
BANYAK LAGI AKTIVITI KENAL WARNA BOLEH DILAKUKAN MENGIKUT KREATIVITI
Pembelajaran warna tidak terhad di dalam rumah sahaja.
Malah setiap kali anda keluar atau berada di pasar raya, tunjukkan warna-warna pada objek sekeliling.
Dengan itu, dunia warna anak bertambah luas dan semakin seronok mereka mempelajarinya.
SILAKAN SHARE..SHARE..SHARE...
#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyenindividudikelantan #privatehometuition #tuisyentermurahdikelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan