Selasa, 19 Disember 2017

TIPS MENGHAFAL DENGAN CARA BERKESAN







TIPS MENGHAFAL DENGAN CARA BERKESAN
*******************************************************
Hafal dan faham. Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah [blur lah jawabnya masa exam nanti]. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.

Menghafal dan melakukan apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan latih tubi, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut. Sebab tuh, orang yang rajin, walaupun otak dia lembab tapi sebab dia gigih, akhirnya dia beroleh kejayaan.

Hafal dan tulis. Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa. Kalau iktukan pengalaman aku, buat nota ringkas dan buat point-point yang penting sahaja. Yang dalam huraian tuh , boleh goreng nanti masa exam. Kena ingat kunci point utama jer. Kalau nak buat nota tuh, kasi cantik-cantik dan berwarna-warni. Baru otak tuh ada feel dan ada mood untuk menghafal, ok!

Menghafal dalam keadaan tenang. Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara. Cuba, kalau kita nak menghafal dalam keadaan yang lapar, fuh tak fokus dibuatnya. Ingat, nasi lemak, kopi O dan mungkin KFC.

Menghafal dan suka perkara yang dihafal. Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.

"KEJAYAAN ANAK ANDA BERMULA DISINI"

#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyenindividudikelantan #privatehometuition #tuisyentermurahdikelantan

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran