Selasa, 23 Januari 2018

PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kepada para pelajar sekalian, anda tidak perlu takut untuk menghadapi peperiksaan. Sekiranya anda membuat persediaan yang rapi, segala usaha anda akan membuahkan hasil. Ia akan membolehkan anda melangkah ke dewan peperiksaan dengan semangat yang tinggi. Jangan pernah putus asa kerana anda telah berusaha. Jika anda masih belum mendapat keputusan yang cemerlang, ini bermakna anda perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.


Bagi mengatasi segala tekanan anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan fikiran anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperoleh tetapi anda perlu bimbang sekiranya anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada bagi berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan anda hanya menggambarkan pelbagai rintangan dan halangan. lni melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri anda sendiri.

SHARE..SHARE..SHARE..

#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyenindividudikelantan #privatehometuition #tuisyentermurahdikelantan



Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran