TIPS MENGGALAKKAN ANAK MENULIS DI RUMAH
1. Biarkan anak-anak menggunakan peralatan menulis seperti pensil, whiteboard marker, kapur, dan krayon. Kalau boleh kita kumpulkan semua peralatan menulis radi bersama-sama kertas dan masukkannya kedalam bekas atau kotak yang mudah untuk diambil oleh anak-anak.
2. Kita juga boleh galakkan anak-anak untuk menggunakan lukisan sebagai cara mengekspresikan idea dan cerita.
3. Kalau kita nak pergi shopping barang keperluan rumah, apa kata minta anak-anak menulis senarai to-do-list .
4. Ibubapa juga perlu biasakan anak menulis nama mereka. Jadikan rutin harian untuk menulis nama setiap kali sebelum mereka ingin ke sekolah.
5. Ibubapa juga boleh labelkan barang-barang anak-anak dengan nama mereka. Biarkan mereka menulis sendiri nama mereka pada barang-barang mereka seperti buku dan kotak pensil.
6. Galakkan anak-anak membentuk huruf menggunakan clay, doh atau plastisin.
7. Akhir sekali buat buat buku menu atau buku scrap mereka sendiri dengan menggunakan gambar-gambar yang digunting daripada surat khabar atau majalah.
Bantu mereka menggunting kerana ini dapat menguatkan tangan mereka unutk memegang pensel dan menulis dengan baik.
Kalau anak-anak yang ditinggal bersama pengasuh bolehlah berkongsi tips ini bersama pengasuh mereka!
Jadikan aktiviti menulis sebagai aktiviti yang menggembirakan disamping dapat mengeratkan hubungan ibubapa bersama anak-anak.
Selamat mencuba.
#share #share #share
#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyenindividudikelantan #privatehometuition #tuisyentermurahdikelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan