Selasa, 13 Februari 2018

Mengapa anak bawah 10 tahun tidak boleh di rotan???







Mengapa anak bawah 10 tahun tidak boleh di rotan???

Rotan merupakan jalan mudah ibu bapa untuk menakutkan anak atau menyedarkan anak dengan kesilapan yang dilakukan.

Tapi tahukah anda memukul anak akan menyebabkan anak semakin nakal dan mungkin membenci anda?

Kanak-kanak mempunyai emosi yang tersendiri, ibu bapa perlu faham, mereka bertindak mengikut emosi bukan dengan fikiran, mereka mudah dipengaruhi dengan persekitaran. Sebagai contoh, anak anda melihat kanak-kanak lain menagis, seterusnya secara automatik anak anda juga akan menagis. Ini merupakan fitrah kerana mereka bertindak mengunakan emosi dan pesekitaran mempengaruhi tingkah lakunya.

Ingat anak tidak boleh dirotan jika umurnya belum mencecah 10 tahun.

Mengapa pada umur 10 tahun?

Pakar psikologi berpendapat anak yang berumur prabaligh (sekitar 10 hingga 12 tahun) boleh memahami kesan hukuman yang dikenakan dan sebab perbuatan itu tidak dibenarkan atau boleh dilakukan.

Anak yang kecil tidak faham jika dia didenda atas kesalahannya.

Justeru, jika anak kecil didenda, dia mungkin mengulangi perbuatannya itu tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Dia tidak melakukan perbuatan itu jika ibu bapa ada atau jika dia mendapat ganjaran dengan tidak melakukan perbuatan itu.

Contohnya, kalau dia tidak memukul adik, ibu akan memberinya coklat tetapi jika ibu tiada atau tidak memberinya coklat, dia akan memukul adiknya semula.

Ada pelbagai hukuman boleh dikenakan sebagai denda kepada anak. Antaranya menarik balik keistimewaan tertentu seperti tidak boleh menonton televisyen jika mereka tidak siap kerja sekolah.

Hukuman yang menyebabkan kesakitan fizikal seperti rotan sepatutnya dilakukan sebagai jalan terakhir selepas segala usaha dijalankan.
Hukuman yang menyebabkan kesakitan akan meninggalkan kesan mendalam kepada perkembangan emosi anak.

Jangan menghukum anak dengan hukuman yang memalukan mereka seperti memarahinya di hadapan kawan (terutama remaja). Ini menyebabkan anak kecewa dan berasa rendah
diri.

SHARE..SHARE..SHARE..

#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyenindividudikelantan #privatehometuition #tuisyentermurahdikelantan #tuisyenviral

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran