Khamis, 22 Februari 2018

Takwim Saringan Program LINUS2.0 2018.



Takwim Saringan Program LINUS2.0 2018.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berilut ialah takwim atau tarikh-tarikh penting dalam menjalankan saringan Program LINUS2.0 bagi tahun ini (Tahun 2018).

Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan Program LINUS mensasarkan 100% murid Tahun 3 menguasai kemahiran Literasi dan Numerasi sebelum naik ke tahun 4 melalui Tahun 2013 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Umum sedia maklum, program LINUS2.0 dengan peluasan skop merangkumi literasi bahasa Inggeris telah mula dilaksanakan pada tahun 2013 melibatkan semua murid Tahap I. Program LINUS2.0 ini dilaksanakan bertujuan memastikan semua murid menguasai kemahiran asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi pada akhir tempoh persekolahan Tahap I di sekolah rendah.

Pelaksanaan Program LINUS2.0 melibatkan semua murid Tahap I melalui saringan bagi literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi sebanyak 2 kali setahun. Murid yang telah menguasai asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi boleh mengikuti pengajaran dan pembelajaran arus perdana, manakala murid yang belum menguasai asas literasi bahasa Melayu, literasi bahasa Inggeris dan numerasi akan mengikuti intervensi pemulihan.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan takwim bagi menjalankan saringan Program LINUS2.0 bagi tahun ini (2018) :

SHARE..SHARE..SHARE...

#tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyenindividudikelantan #privatehometuition #tuisyetermurahdikelantan

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran