Khamis, 17 Mei 2018

MANFAAT BERPUASA


MANFAAT BERPUASA
*****************************

HAKIKATNYA, puasa di bulan Ramadan memberi 1,001 hikmah kesihatan buat manusia. Perkara itu diakui pakar dari Barat, Dr. Mc Padun bahawa amalan berpuasa dapat membersihkan toksin yang terdapat di dalam tubuh seseorang.

Kajian sains kesihatan dan sains pemakanan pula mengatakan kesan lapar (puasa) dalam perubatan adalah lebih baik daripada penggunaan ubat secara berterusan untuk merawat penyakit yang disebabkan obesiti.

Selain itu, amalan berpuasa di luar bulan Ramadan juga bukan sahaja mampu mengurangkan berat badan secara sihat dan semula jadi, bahkan boleh menyeimbangkan kesihatan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pengkaji Islam menerusi kitab At Tib Fil Quranil Karim menerangkan faedah berpuasa antaranya memberi peluang kepada organ-organ dalam badan mengemaskinikan sistem pencernaan supaya berfungsi semula dengan lebih baik.

Sementara itu, kajian dilakukan pakar perubatan Islam dari Arab Saudi, Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz ke atas 21 responden membuktikan puasa adalah satu cara amat berkesan menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan lelaki, manakala bagi wanita pula dapat mengurangkan kesan hormon brolaktin yang menyebabkan kemandulan.

Keseluruhannya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh agar mengambil makanan diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan serta menyingkirkan racun dalam badan.

DR. AMINUDIN MANSOR
Universiti Kebangsaan Malaysia

#ramadhan #puasa #1439h #tuisyenindividu #tuisyenindividuhometuition #tuisyendikelantan #tuisyentermurah #upsr #pt3 #spm #membaca #areakelantan

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran