Selasa, 22 Mei 2018

OPERASI BAHAGI














OPERASI BAHAGI
************************
2.2.4 Operasi Bahagi
Operasi bahagi ialah operasi matematik yang terakhir dipelajari oleh murid di sekolah rendah.Operasi bahagi dikaitkan dengan operasi darab sebagaimana operasi tolak dikaitkan dengan operasi tambah.Terdapat beberapa makna dan model untuk pembahagian. Antaranya:
1. Pembahagian sebagai Pengumpulan
Dalam situasi ini, kita tahu berapa objek yang terdapat dalam setiap kumpulan dan mesti menentukan bilangan kumpulan. Dalam proses ini murid dikehendaki mengukur bilangan subset yang kecil yang sama besar daripada set objek yang asal.
2. Pembahagian sebagai operasi tolak berulang
Konsep bahagi sebagai operasi tolak berulangan berkait rapat dengan konsep bahagi sebagai proses pengumpulan.
3. Pembahagian sebagai pengongsian
Dalam situasi ini, satu set objek (jumlah asal) diasingkan kepada beberapa kumpulan (subset) yang ditetapkan dan kita hendak mencari bilangan objek dalam setiap kumpulan (subset). Murid mengongsikan sejumlah objek secara sama rata dengan beberapa orang.
4. Pembahagian sebagai songsangan darab
Konsep bahagi sebagai songsangan darab boleh digunakannuntuk melengkapkan ayat matematik bagi operasi bahagi
5. Pembahagian dengan garis nombor
Aspek operasi bahagi ialah operasi tolak berulangan dan boleh diwakili dengan lompatan-lompatan pada garis nombor.Lompatan-lompatan bermula daripada nombor yang dibahagi, bergerak ke kiri menuju sifar.
6. Pembahagian dengan tatasusunan
Tatasusunan memberi pola tentang kedua-dua operasi darab dan bahagi.Apabila seseorang murid berkebolehan menentukan pola tatasusunan terdiri daripada baris-baris dan lajur yang diskrit, dia boleh menulis semua fakta asas darab dan bahagi yang berkenaan. Contohnya:
7. Pembahagian dengan faktor skala

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran