Isnin, 4 Jun 2018

CUACA PANAS ATAU STROK HABA

CUACA PANAS
*******************








Cuaca panas terik dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia. Pada tahun ini dijangkakan cuaca panas melampau dan kering akan berlarutan sehingga September. Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal ‘Heat Stroke’, ‘Strok Haba’ atau ‘Kejutan Suhu Panas’ berikutan cuaca panas dan kering sekarang ini. Strok haba atau heat stroke adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celsius.
A) MAKSUD STROK HABA
‘Strok Haba’ (Heat Strok) iaitu ‘Kejutan Suhu Panas’ adalah penyakit yang berkaitan dengan haba yang amat serius (Penyakit Suhu Panas Luar Biasa). Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation). Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian suhu badan melampau (hyperthermia) dan berkaitan disfungsi pusat sistem saraf dan kegagalan fungsi organ.
B) KESAN STROK HABA
1) Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas
Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.
Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di pelbagai tahap suhu disebabkan oleh :~
Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
Kumpulan umur
Kecergasan individu
2) Kesan Dan Risiko Kesihatan Cuaca Panas
Kesan dan risiko kesihatan disebabkan cuaca panas melampau termasuk :
Heat Fatigue – Keletihan/kelesuan akibat panas
Heat Syncope – Pitam/pengsan akibat panas
Heat Cramps – Kekejangan akibat panas
Heat Exhaustion – Keletihan/kepenatan akibat panas
Heat Stroke – Strok akibat panas
C) SIMPTOM STROK HABA
Tanda Dan Gejala Kesihatan Berkaitan Dengan Cuaca Panas Terik
Berikut kesan-kesan awal masalah kesihatan berpunca dari cuaca panas. Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai, bergantung kepada situasi, keterukan atau keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa yang selalu dihadapi termasuklah :~
Pitam
Sawan
Dahaga
Berpeluh
Kekejangan
Lemah tumpuan
Tubuh kekejangan
Tekanan darah rendah
Lemah otot-otot badan
Loya, mual dan muntah
Keletihan dan kemalasan
Denyutan nadi yang pantas.
Kulit kering dan kemerahan
Pening dan Sakit kepala berdenyut
Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
D) KOMPLIKASI
Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Dalam suhu ekstrem yang melebihi 90°F (32.2°C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100%, penyejatan peluh tidak lagi mungkin, dan badan kehilangan keupayaan untuk mengurangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyah-hidratan yang teruk dan mungkin boleh membawa kepada kematian.
Komplikasi atau keadaan teruk yang paling rumit boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas adalah :~
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan)
Kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).
Bengkak tisu otak
Kerosakan organ badan seperti ginjal, jantung dan hati
Strok panas terlampau boleh menyebabkan maut
E) KUMPULAN BERISIKO
.
Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Secara umumnya, pendedahan yang berpanjangan kepada suhu melebihi 90°F (32.2°C) atau kelembapan melebihi 60% mendatangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan haba. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk mengalami kesan kesihatan. Kumpulan tersebut termasuk :~
Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran