DLP ~ Fahami kemampuan anak kita.
DLP baru bermula tahun lepas. Ibu bapa yang dapat tahu sekolah anak dia ada tawarkan kelas DLP semua pakat teruja. Reaksi mereka seperti berikut :-
" Wah! Ini kelas budak pintar. Saya mesti masukkan anak saya dalam kelas ini."
" Wowwweee! Maths dan Sains dalam bahasa English. Makin bijak anak aku speaking nanti. Nak masuklah."
Di sinilah kesilapan bermula...
Apa itu DLP? DLP ialah singkatan untuk Dual Language Programme. Senang cerita, anak-anak yang ambil kelas DLP akan belajar Sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Diulang, SEPENUHNYA!
Pertama sekali kau kena tahu, bukan semua sekolah yang tawarkan kelas DLP ini. Hanya sekolah rintis dan sekolah yang berkemampuan dari segi tenaga pengajar dan kelas sahaja yang tawarkan kelas DLP.
Tahukah kau orang, ada murid memang lemah bahasa tapi pintar bab nombor. Maka bila Maths diajar dalam English sedangkan murid itu lemah bahasa tapi pintar nombor, dua-dua dia tercicir.
Sebabnya?
Sebabnya pembelajaran Maths budak tu fully in English. Bukan campur-campur. Soalan exam dan penilaian juga dibuat dalam English sepenuhnya. Bukan dwibahasa.
Dia lemah bahasa, bila belajar nombor dalam bahasa yang dia lemah, maka nombor pun dia tak faham. Simple je. Boleh hadam kan?
Tahukah kau orang, ramai ibu bapa tersilap langkah dan percaturan? Mereka nak anak mereka pintar dan bijak dalam Sains Maths serta hebat speaking, tapi akhirnya anak mereka kecundang dalam kesemuanya.
Tahukah kau orang, ramai ibu bapa yang cuba tarik diri separuh jalan bila masuk kelas DLP? Dan itu TIDAK DIBENARKAN!
Nak masuk kelas DLP, kena tandatangan satu surat perjanjian. Tak boleh tarik diri sekerat jalan. Tak boleh juga join dipertengahan tahun.
Jadi sebelum buat keputusan, kenali keupayaan anak sendiri. Sebelum kau dan dia menyesal.
Apa pendapat aku tentang DLP?
Baik. Ini pendapat bersifat peribadi. Tiada fakta dan kajian lengkap menyokong pendapat aku. Kau nak terima, sila. Kau nak bangkang pun silakan. Tiada halangan.
Bagi aku, kelas DLP bagus untuk murid yang memang pintar dan bagus dalam penggunaan Bahasa Inggerisnya. Kalau kat rumah, kau nak berak pun speaking dengan anak, elok suruh anak join kelas DLP.
Tapi kalau anak kau membaca BM pun merangkak, English hanya tahu Yes dan No, baik ambil kelas biasa.
Tapi sekali kau dah sign masuk kelas DLP, kau kena pastikan anak kau betul-betul mahir dalam English. Kalau dia lemah, hantar tuisyen. Ajar pula kat rumah.
InsyaAllah dia akan dapat ikuti dari masa ke semasa.
Yang dah join dan dapati keputusan anak merosot dan kurang memuaskan, terus beri sokongan pada anak. Jangan bagi mereka down. Jangan tunjukkan kau pun kecewa.
Kau kena terus tenang dan positif. Bagi komitmen dan kepercayaan pada guru dan anak, intensif kau pun kena banyak. Bantu dia, ajar dia sampai dia dapat harungi semuanya.
Itu guna ibu dan ayah. Beri semangat dan sokongan pada anak tersayang waktu mereka rebah. Ke guano boh?
Ingat pesan aku. Fahami betul-betul keupayaan anak-anak kau. Kalau boleh buat simple test kat rumah tentang kefahaman anak-anak mengenai bahasa dan nombor.
Jika dia power bahasa, lemah nombor, boleh masuk DLP. Kalau dia lemah sangat bahasa tapi power nombor, pertimbangkan semula.
Tapi kalau dia power kedua-duanya, fikir apa lagi. DLP adalah kelas terbaik untuk anak kau.
Boleh hadam?
Cp : Cikgu Korea
Tiada ulasan:
Catat Ulasan