Ahad, 10 Jun 2018

PECAHAN TAK WAJAR

PECAHAN
**************
MAKSUD : Nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.
Mengikut sejarah, "pecahan" merujuk kepada sebarang nombor yang tidak mewakili keseluruhan.
Nombor yang kini dipanggil "perpuluhan", asalnya dikenali sebagai "pecahan perpuluhan"
Nombor yang kini dipanggil "pecahan", asalnya dikenali sebagai "pecahan kasar".
"kasar" (vulgar) bermaksud "biasa" (commonplace).
Digunakan apabila penyebutnya kecil.
Pecahan biasa atau kasar biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor, nombor di atas dikenali sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali sebagai penyebut.
BENTUK PECAHAN
(a) (i)Pecahan Biasa
Pecahan kasar (atau pecahan biasa) ialah satu nombor nisbah yang ditulis dengan satu integer (pengangka) yang dibahagikan dengan satu integer bukan sifar (penyebut)
(ii) Pecahan Wajar
Pecahan kasar akan menjadi pecahan wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah kurang dari nilai mutlak penyebut; yang menjadikan nilai mutlak keseluruhan pecahan kurang daripada 1.
(iii) Pecahan Tak Wajar
Pecahan kasar akan menjadi pecahan tak wajar apabila nilai mutlak pengangka adalah lebih besar atau sama dengan nilai mutlak penyebut (Contoh: 8⁄5)


Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran