Cara Untuk Mencerdaskan Otak
☑☑☑☑☑☑☑☑☑☑☑☑
Otak kita merupakan bahagian tubuh yang sangat penting kerana otak merupakan pusat pemikiran serta organ yang mengatur fungsi anggota tubuh lain. Otak sangat mempengaruhi bahagian tubuh yang lain. Otak akan mengirim impuls kepada anggota tubuh lain mengenai sesuatu yang hendak dilakukan sehingga otot atau anggota tubuh akan menangkap impuls dan akan melakukan pesanan yang dikirim melalui impuls oleh otak.
Otak mempunyai persamaan dengan anggota tubuh lain iaitu memerlukan latihan seperti membina otot. Otak yang sering melakukan latihan akan dapat meningkatkan kecerdasan otak serta menjadikan otak lebih berketrampilan dan daya fokus otak dalam berfikir bertambah. Sebenarnya Tahap kecerdasan otak manusia mampu ditingkatkan dengan melakukan beberapa perkara yang dapat meningkatkan kecerdasan otak.
Ingin tahu bagaimana cara yang dapat dilakukan untuk mencerdaskan otak kita? Berikut adalah petuanya:
1. Membaca
Membaca dapat menentukan otot-otot otak dan membantu membangun “perkembangan kognitif” untuk melambatkan timbulnya demensia.
2. Mengaktifkan Tangan Kiri dan Tangan Kanan
Lakukan aktiviti dengan tangan non-dominan. Jika biasanya dominan menggunakan tangan kanan, maka gunakan tangan kiri (kidal), dan sebaliknya.
3. Belajar Bahasa Asing
Penggunaan beberapa bahasa dapat meningkatkan aliran darah ke otak untuk menjaga kesihatan kondiai saraf otak.
4. Ubah Rutin
Dengan cara mengubah rutin dan pola hidup baru dapat mengaktifkan jaringan otak yang sebelumnya tidak aktif.
5. Latihan Fizikal dan Senaman
Latihan fizikal dapat meningkatkan kesihatan otak, meningkatkan perhatian, penaakulan, dan memori. Misalnya kegiatan riadah seperti berlari, sel-sel tubuh yang diaktifkan dengan kegiatan berlari akan menghantar zat-zat molekul atau growth factors yang membina saraf-saraf baru otak dan jaringan otak, keadaan ini membantu seseorang memiliki kemampuan kognitif yang lebih baik.
6. Hidup Sosial
Otak dapat dilatih dengan menjalani hidup sosial kita, misalnya mengunjungi teman dan berinteraksi dengan orang lain. Jaringan sosial dapat memberikan perlindungan terhadap masalah kesihatan seperti penyakit Alzheimer.
7. Menikmati Muzik
Selain mendengar muzik dan belajar memainkan instrumen muzik, para saintis juga mencadangkan untuk mengaktifkan dua pancaindera dengan serentak, seperti mendengar muzik dan mencium bunga.
8. Bermain Puzzle atau @ Teka-Teki Silang Kata
Teka-teki silang kata, puzzle, dan pelbagai jenis puzzle lain dapat melatih otak khususnya fungsi otak kiri.
9. Bermain Permainan Strategi
Permainan strategi seperti catur, monopoli, atau komputer, akan menggunakan fungsi otak kanan yang dapat membantu kita untuk lebih berfikir dengan kreatif.
10. Mencari Hobi Baru
Latih otak untuk belajar berketrampilan baru atau hal-hal yang belum pernah kita lakukan sebelumnya. Nikmatilah sesuatu yang baru dan menarik untuk memastikan dan menjaga otak supaya tetap aktif.
Otak Cerdas Badan Sihat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan