Tuisyen terdiri daripada pelbagai ragam dan bentuk
Dari segi bilangan pelajar yang terlibat dalam suatu sesi tuisyen, tuisyen boleh dibahagi kepada tiga jenis.
1. Tuisyen Kelas
Tuisyen Kelas merujuk kepada tuisyen yang dilaksanakan dalam bentuk “kelas”, yakni secara beramai-ramai. Dalam keadaan ini, seorang guru tuisyen akan membimbing sejumlah pelajar, biasanya melebihi 10 orang. Bentuk tuisyen ini adalah ekonomi dan biasanya beroperasi di pusat tuisyen
2. Tuisyen Kumpulan Kecil
Tuisyen kumpulan kecil melibatkan seorang guru dan sejumlah pelajar yang kecil. Pelajar yang terlibat adalah tidak lebih daripada 10 orang.
Apakah yang dimaksudkan dengan tuisyen ?
Apakah yang dimaksudkan dengan tuisyen ?
Tuisyen merujuk kepada bimbingan tambahan yang diberikan kepada pelajar bagi mata pelajaran tertentu. Perkataan tuisyen berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu tuition yang membawa maksud ‘pengajaran’.
Mengapakan tuisyen itu perlu?
Mengapakan tuisyen itu perlu?
Secara amnya, tuisyen diperlukan bagi pelajar yang menghadapi kesukaran atau tertinggal dalam mata pelajaran tertentu. In mungkin disebabkan pelajar tidak minat belajar, sukar memahami sesuatu subjek dan tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian di dalam kelas sehingga pelajar berkenaan tertinggal dalam pelajaran.
Maka dalam keadaan inilah seseorang pelajar memerlukan tuisyen iaitu bimbingan tambahan.
Apakah perbezaan antara pembelajaran tuisyen dan sekolah?
Apakah perbezaan antara pembelajaran tuisyen dan sekolah?
Peranan tuisyen sebenarnya tidak terletak pada penyampaian ilmu pengetahuan baru kepada pelajar sebaliknya tuisyen lebih berperanan dalam pengukuhan ilmu pengetahuan yang telah dipelajari oleh pelajar di sekolah.
Ramai salah anggap peranan tuisyen sama pembelajaran di sekolah. Peranan utama tuisyen adalah pelatihan (coaching), pelajar akan dilatih oleh guru tuisyen/tutor untuk menguasai pemahaman tentang sesuatu subjek di samping memberi latihan dan latih tubi (bergantung kepada jenis subjek).
Kebaikan & keburukan menghadiri kelas tuisyen
Kebaikan
Kebaikan & keburukan menghadiri kelas tuisyen
Kebaikan
Pemahaman pelajar terhadap pelajaran akan menjadi semakin kukuh. Pelajar dapat menyelesaikan masalah pembelajaran di dalam kelas dengan merujuk secara personal dengan guru tuisyen.
Guru tuisyen boleh memberi banyak latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan pelajar itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberi satu pengalaman kepada pelajar untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tuisyen berupaya memberi satu keyakinan kepada pelajar tersebut dalam menghadapi peperiksaan.
Memastikan pelajar memanfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Membimbing dan memahirkan ilmu pelajar yang dipelajari di sekolah.
Boleh lebih menumpukan perhatian semasa guru mengajar kerana mempunyai persekitaran yang baik untuk belajar dan bilangan pelajar dalam satu kelas kecil.
Pelajar boleh bertukar fikiran dan soalan ujian dengan rakan-rakan.
Keburukan
Sesetengah pusat tuisyen mementingkan keuntungan sahaja tanpa mementingkan kualiti pengajaran mereka. Mereka mengenakan bayaran yang tinggi tetapi kualiti pengajaran mereka sangat rendah.
Keburukan
Sesetengah pusat tuisyen mementingkan keuntungan sahaja tanpa mementingkan kualiti pengajaran mereka. Mereka mengenakan bayaran yang tinggi tetapi kualiti pengajaran mereka sangat rendah.
Menghadiri kelas tuisyen menggalakkan pergaulan bebas antara pelajar.
Meningkatkan beban ibu bapa untuk membiayai yuran tuisyen anak-anak.
Setiap guru mempunyai formula dan teknik menjawab soalan yang berbeza dan ini boleh mengelirukan murid tersebut.
Ibu bapa akan menjadikan tuisyen sebagai medium kompetitif untuk membanding keputusan anak mereka dengan orang lain. Ini akan memberi tekanan kepada pelajar sehingga boleh menyebabkan trauma.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan