Selasa, 18 Disember 2018

MATEMATIK

*SANGAT RUGI jika anak-anak tidak tahu dan hafal lapan basic asas ini terutama jika mereka berada di tahun 4,5 dan 6.*
Pagi ini aku akan kongsi dengan kalian 8 nota yang SANGAT PENTING dan patut anak-anak hafal dan ingat.
Masa cuti sekolah masih berbaki lagi. Tolong, tolong dan tolong minta anak-anak hafal dan ingat semua formula ini ya!
Ramai calon walau dah di tahun enam masih tidak hafal dan ingat formula penting ini menyebabkan ramai yang gagal Matematik atau tidak dapat keputusan yang baik.
PERTAMA.
Penukaran unit asas seperti 1kg = 1000g,
1liter = 1000 ml, 1km = 1000m, 1m = 100cm, 1cm = 10mm, 1 alaf = 1000 tahun,
1 abad = 100 tahun, 1 dekad = 10 tahun,
1 tahun = 12 bulan, 1 minggu = 7 hari,
1 hari = 24 jam, 1 jam = 60 minit dan
1 minit = 60 saat.
Ini basic asas yang murid sepatutnya hafal dan ingat sejak mereka di tahun empat lagi.
KEDUA
Hubungan antara Pecahan, Perpuluhan, Peratus, nombor bulat dan unit-unit asas.
SANGAT banyak soalan peperiksaan yang keluar berkaitan dengan unit asas ini. Ini antara perkara yang paling aku tekanan setiap kali mengajar Matematik.
Rujuk gambar pertama itu. Itulah jadual perkaitan yang sangat PERLU DIHAFAL. Contoh soalan yang biasa keluar dalam peperiksaan adalah seperti berikut :
"Ibu menggunakan 1/8kg tepung untuk membuat sebiji kek. Berapa jisim tepung dalam gram yang digunakan untuk membuat 12 biji kek?"
Jika murid tidak menghafal 1/8kg itu bersama an 125 gram, langkah pengiraan yang memakan masa terpaksa murid lakukan sedangkan jika yang dah hafal jadual ini, mereka hanya perlu darabkan 125g x 12. Terus dapat jawapan. Kecuaian juga banyak dapat di elakkan.
KETIGA
Asas Bentuk 2D dan Bentuk 3D. Topik ini memerlukan murid ingat bilangan sisi lurus, sisi melengkung, bucu, paksi simetri, sudut cakah, tepi, permukaan melengkung dan permukaan rata.
KEEMPAT
Formula asas untuk perimeter, formula luas segi empat dan segi tiga serta formula mencari isipadu.
Masih ramai murid gagal menghafal formula ringkas ini. Ini menyebabkan mereka gagal mendapat markah sedangkan topik ini antara topik hot dalam peperiksaan dan mudah mendapatkan markah.
KELIMA
Nisbah dan kadaran. Jika keluar soalan Nisbah dalam peperiksaan, ia umpama markah percuma buat murid-murid. Pastikan anak-anak faham dan ingat topik bonus ini ya!
KEENAM
Pengurusan Data pula memerlukan murid faham dan ingat formula untuk tentukan Julat, Min, Median dan Mod.
Masih ramai murid keliru formula mencari Julat, min, median dan mod. Topik ini juga biasa keluar dalam peperiksaan.
KETUJUH
Kebolehjadian. Topik ini juga seolah ingin memberi markah percuma kepada murid kerana sangat senang. Namun... Tetap juga ada murid yang salah akibat tidak memahami formula asas ini. Ruginya! 
Dalam topik ini, murid hanya perlu ingat dan faham 5 perkara sahaja iaitu :
1) Mustahil
2) Besar Kemungkinan
3) Kecil Kemungkinan
4) Sama Kemungkinan
5) Pasti
KELAPAN
Koordinat. Satu lagi topik mudah yang ramai murid dapat cari markah bagi yang kuasai. Dalam topik ini, paling penting murid faham bacaan koordinat bermula dengan paksi X baru baca paksi Y.
Juga penting dalam menulis jawapan dengan betul. Tanda koma dan kurungan WAJIB tulis. Jika tidak, markah terbang melayan begitu sahaja. Ini contoh yang salah dan betul :
3,5 = 
(3 5) = 
(3,5) = ✔️
Cukuplah dahulu perkongsian aku kali ini. Banyak lagi perlu di jelaskan secara lebih detail sebenarnya, namun ini antara nota yang kalian perlu ambil berat.
Kongsikan nota penting ini dengan kawan-kawan dan saudara mara yang ada anak di tahun 4,5 dan 6 juga. Biar mereka pun pastikan anak-anak mereka hafal dan ingat setiap formula asas ini.
Kita nak berjaya, jangan seorang-seorang sahaja. Here bersama lah sanak saudara dan kawan-kawan sekali ya!
Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat pada semua.
Tq Cikgu Korea
#MFS

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran