Rabu, 26 Disember 2018

Nak FOKUS dalam pembelajaran ??

Nak FOKUS dalam pembelajaran ??



Anak anda mempunyai masalah fokus dalam pembelajaran ?

disini kami ingin kongsi tip bagaimana anak anda boleh fokus dalam pembelajaran.

1. Sediakan tempat belajar yang sesuai
- kebanyakan anak-anak yang belajar di rumah di bilik tidur. Bilik tidur bukan tempat sesuai untuk belajar, Cari tempat yang bersih dan cantik. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.

2. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar
- sebelum mulakan pembelajaran sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk belajar seperti pen, pensel, buku, kertas soalan, dan kalkulator. Persediaan bahan-bahan pembelajaran sebelum pembelajaran dapat mengatasi masalah fokus anak-anak puan. Anak-anak tidak tercari-cari ketika pembelajaran.

3. Cari teman belajar
- Belajar berseorangan menyebabkan anak-anak mudah bosan dan mengantuk. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

4. Take 5.
- Untuk kekal fokus, anda perlu memberi rehat kepada anak anda. Selepas 45 minit belajar, anak perlu berehat. Jangan berehat terlalu lama, cukup sekadar 10-15 mint.
Elakkan bermain game atau bermain phone ketika berehat.!!! Aktiviti yang sesuai dilakukan gerakan mudah dan berborak bersama anak anda.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran