10 PETUA SEMANGAT KE SEKOLAH
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
Anak-anak selalu tiada semangat waktu pagi untuk menuju ke sekolah.
Ia datang dari 2 punca iaitu dalaman dan luaran.
Oleh itu, 10 Petua Semangat Ke Sekolah ini membantu menguatkan semula dalaman dan luaran pelajar supaya dapat meneruskan sesi pembelajaran, seterusnya meraih kejayaan yang gemilang, InsyaAllah.
1) TIDUR SECUKUPNYA
Biasanya anak tiada semangat kerana aktiviti harian sangat padat, sehingga kurang mendapat rehat secukupnya.
Antara aktiviti harian pelajar adalah pagi ke sekolah, petang ada kelas tambahan, lepas asar bermain dengan kawan, lepas maghrib kelas mengaji, kemudian tuisyen dan sebagainya.Disebabkan itu, anak-anak sangat penat dan jumlah jam tidur tidak mampu menampung kepenatan badan.
Oleh itu, pastikan tidur anda mencukupi, insyallah hari anda akan bermula dengan segar dan indah!
2) PUPUK DALAM HATI SERONOK KE SEKOLAH
Pelajar mesti merasakan betapa gembira dan menyeronokkan pergi ke sekolah.
Lebih-lebih lagi suasana dan persekitaran yang menenangkan untuk menuntut ilmu.
Serta berada bersama guru yang mahir serta berilmu sudah tentu akan menegur dan memperbaiki kesilapan kita.
Jangan sesekali kita merungut dan mengalah dalam belajar kerana di sekolah pasti ada rahmat dan berkat Allah. Yakinlah !
3) JERITAN MINDA
Satu keunikan ciptaan manusia, Allah jadikan kita boleh berkata-kata di dalam hati atau fikiran.
Tambahan pula, manusia memang sentiasa mendapat ilham baik dari malaikat dan ilham buruk dari iblis durjana.
Tindakan kita sememangnya banyak dipengaruhi oleh suara hati. Suara hati yang baik membentuk tindakan yang baik.
Oleh itu, anda disarankan jeritkan dalam minda bahawa anda suka sekolah, suka pergi belajar, suka mencipta kejayaan dan seumpamanya.
Jangan biarkan fikiran anda sentiasa dikuasai suara jahat sama ada dari nafsu ataupun syaitan.
4) SYUKUR DAPAT KE SEKOLAH
Pergi ke sekolah adalah perbuatan yang mulia. Ia merupakan satu jihad di sisi Islam sebab orang menuntut ilmu sama tarafnya dengan mereka yang pergi berperang di jalan Allah.
Menuntut ilmu adalah kewajipan untuk semua ummat islam. Orang yang menuntut ilmu akan dimudahkan jalannya untuk menuju ke syurga.
Bahkan semua yang sedang menuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua makhluk Allah di langit, bumi dan lautan.
Maka menjadi kewajipan pada kita untuk mensyukuri nikmat Allah dapat pergi ke sekolah, kerana sangat ramai tidak dapat pergi sekolah kerana masalah miskin atau kesihatan
5) BAYANGKAN KEBAIKAN MENUNTUT ILMU
Seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis Nabi, terlalu banyak kebaikan yang akan didapati oleh penuntut ilmu.
Kebaikan-kebaikan seperti didoakan oleh semua makhluk yang ada di langit dan bumi, diampunkan dosa, dimudahkan jalannya ke syurga, menjadi saham di akhirat, dan banyak lagi.
Dan tidak salah untuk penuntut ilmu untuk mengimpi-impi serta mengidamkan kelebihan tersebut. Supaya semangat dan kecintaan pada ilmu bertambah mekar.
6) MEMAKAI PAKAIAN YANG KEMAS
Memakai pakaian yang baik, kemas, segak, dan menyikat rambut adalah sunnah nabi Muhammad S.A.W.
Oleh itu sebagai ummat Muhammad kita tak boleh kelihatan selekeh dan malas. Kita mesti berpakaian kemas dan nampak terhormat.
Kajian membuktikan manusia yang berpakaian segak dan wangi boleh meningkatkan keyakinan diri sendiri, dan membuatkan orang lebih suka berurusan.
7) BERDOA SEBELUM KE SEKOLAH
Doa adalah senjata orang beriman. Nabi Muhammad adalah manusia paling kuat berdoa kepada Allah SWT.
Sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu perkara lidah Nabi tak pernah lekang daripada berdoa.
Doa membantu kita melangkah lebih yakin. Doa membantu kita menjadi lebih positif.
Orang yang berdoa bukanlah orang yang pemalas, tapi orang yang berdoa adalah manusia yang meletakkan keyakinan kepada Allah.
8) SALAM DAN MOHON RESTU IBU BAPA
Imam Al-Bukhari pada waktu kecil dahulu pernah ditimpa satu penyakit yang membuatkan matanya tidak boleh melihat dengan jelas.
Keadaan ini membuatkan ibunya sangat sedih. Ibunya setiap hari berdoa kepada Allah memohon kesembuhan untuk anaknya. Sehinggalah pada satu malam, ibunya bermimpi berjumpa dengan Nabi Ibrahim.
Nabi Ibrahim berpesan “Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu kerana doa-doamu.” Keesokannya, ibunya mendapati mata Imam Al-Bukhari telah sembuh.
Inilah cerita tentang kuasa doa ibu kepada anaknya. Oleh itu, pastikan pergi sekolah dengan meminta izin dan restu dari ibu dan ayah.
9) SENYUM DAN TEGUR KAWAN
Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah tentang apakah amalan paling dicintai Allah?
Nabi menyebut pertama adalah beriman kepada Allah, kedua menyambung silaturahim, dan ketiga adalah menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Perbuatan senyum dan menegur kawan adalah sebahagian daripada menyambung silaturahim iaitu perbuatan yang dicintai Allah.
10) PASTIKAN KERJA SEKOLAH DISIAPKAN
Satu keunikan ciptaan manusia, Allah jadikan kita boleh berkata-kata di dalam hati atau fikiran.
Tambahan pula, manusia memang sentiasa mendapat ilham baik dari malaikat dan ilham buruk dari iblis durjana.
Tindakan kita sememangnya banyak dipengaruhi oleh suara hati. Suara hati yang baik membentuk tindakan yang baik.
Oleh itu, anda disarankan jeritkan dalam minda bahawa anda suka pergi sekolah, suka pergi belajar, suka mencipta kejayaan dan seumpamanya.
Jangan biarkan fikiran anda sentiasa dikuasai suara jahat sama ada dari nafsu ataupun syaitan.
Alhamdulillah. Terima kasih kerana anda telah berjaya membaca sehingga selesai.
Moga bermanfaat !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan