MUDAH SEBENARNYA MERANSANG MINDA ANAK
π Setiap hari tanya soalan Matematik secara lisan tanpa suruh anak buka buku.
π Mulakan dengan bertanya soalan mudah dahulu. Yang jawapannya kurang dari 10.
- 2+3
- 5+4
- 3+5 dan seumpamanya.
- 2+3
- 5+4
- 3+5 dan seumpamanya.
π Soalan mudah ini membuatkan anak seronok jawab kerana jawapan mereka cepat dan tepat. Di sini minat anak pada Matematik dapat kita pupuk.
Dengan bertanya soalan mudah.
π Tingkatkan aras soalan perlahan-lahan. Tanya pula soalan yang jawapannya kurang dari 20.
- 5+7
- 8+8
- 9+5 dan seumpamanya.
- 5+7
- 8+8
- 9+5 dan seumpamanya.
π Ulang dan ulang sampai anak cekap dan mampu jawab dengan laju.
π Step seterusnya, tukar operasi pula. Dah mahir tambah dalam lingkungan 20, tanya soalan tolak pula.
π Sama macam tambah, mulakan soal anak soalan tolak mudah. Jawapan bawah pada 10. Yang anak boleh guna jari sahaja untuk mengira.
π Tingkatkan tahap kesukaran soalan. Soalan tolak yang perlu 'pinjam'. Mulakan soalan bawah 20.
⭐️ 13 - 8
⭐️ 17 - 9 dan sebagainya.
⭐️ 13 - 8
⭐️ 17 - 9 dan sebagainya.
Step ini sangat penting. Sangat ramai murid tahap dua (darjah 4-6) masih lambat mengira operasi tolak melibatkan proses 'pinjam' ini.
Jika kalian latih anak setiap hari, sekejap sahaja mereka mampu menguasai congak dan minat mereka dalam Matematik akan bertambah.
Cubalah ya!
Sayanglah jika tips ini tidak dikongsi dengan kawan-kawan lain. Sampaikan pada mereka juga ya.
Sumber : MFS @ Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan