Isnin, 25 Mac 2019

APA ITU EKUINOKS

APA ITU EKUINOKS? PADA 20-22 Mac 2019?
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

Ekuinoks merupakan satu fenomena astronomi apabila kedudukan matahari sejajar dengan Garisan Khatulistiwa. Ia menjadikan bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.
Pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat selain jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam.
Bagi fenomena ekuinoks di Malaysia, kebiasaan suhu dijangka antara 30 dan 35 darjah Celsius.

Apa yang menarik pada 20-22 Mac 2019?
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

1. Pada setiap 21-22 Mac setiap tahun, bumi akan berada pada kedudukan Mac Ekuinoks.
2. Ekuinoks ini bermakna bumi akan menerima cahaya matahari sama banyak di kesemua bahagian bumi; baik di belahan utara maupun belahan selatan.
3. Bahagian kutub utara dan kutub selatan pula, matahari sentiasa berada di bahagian horizon atau kaki langit, di mana matahari tidak terbit atau tenggelam.
4. Belahan atau hemisfera utara akan memasukki musim Bunga manakala belahan selatan akan memasukki musim Luruh.
5. Matahari pula berada tepat di sepanjang garis Khatulistiwa atau Ekuator pada 21-22 Mac dan akan bergerak naik hingga ke belahan utara pada garis Tropic of Cancer pada 21-22 Jun sebagai Jun Soltis.
6. Pada 21 Mac juga akan berlaku Supermoon kali ketiga dan terakhir pada tahun 2019. Supermoon berlaku apabila fasa purnama berkebetulan dengan Perigee iaitu bulan terhampir dengan bumi dalam orbitnya.
7.Pada 21 Mac nanti, Perigee berlaku terlebih dahulu dan 6 jam selepas itu barulah bulan mengalami fasa Purnama Penuh iaitu pada 9.42 pm waktu Malaysia.
8. Di negara kita pula, akan memasukki tempoh peralihan Monsun (April-Mei) di mana pada kelazimannya berlaku hujan lebat dan ribut petir terutama pada waktu petang di Pantai Barat dengan angin kencang dalam tempoh yang singkat. Keadaan ini dilihat sudah pun berlaku di Pantai Barat.
9. Di luar daripada kelazimannya, gelombang atau suhu panas mungkin akan terus berpanjangan dijangkakan sehingga September 2019.
10. Tarikh 20-22 Mac adalah unik kerana bumi memasukki tempoh Mac Ekuinoks yang berkebetulan pula dengan Supermoon (Perigee + Fasa Purnama Penuh).
11. Lebih menarik, berlaku pula penjajaran matahari-Utarid-bumi-bulan dlm tempoh tersebut yg pastinya boleh menyebabkan kerap berlaku gempa bumi sehingga boleh menjana gempa bumi berskala besar serta kegiatan volkano yg aktif.


Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran