Isnin, 4 Mac 2019

Mengenali ‘Slow Learner’

Mengenali ‘Slow Learner’
Pendekatan pembelajaran tidak tepat kepada anak-anak kategori ‘slow learner’ atau pelajar lemah ini mengundang bertambahnya lagi masalah, sebagaimana peribahasa 'seperti tikus membaiki labu'. Juga boleh diumpamakan sebagai seseorang yang sakit gigi geraham, namun yg dicabutnya gigi kacip.
Pendekatan yang benar-benar berkesan akan memberi impak yang baik kepada mereka serta menjadi kepuasan ibu bapa dan guru. Oleh itu amat penting ibu bapa dan guru punya kemahiran mengenal pasti anak-anak kategori ini.
Secara signifikannya pelajar lemah mempunyai perkembangan kemahiran berfikir lambat berbanding dengan pelajar lain yang normal pada usianya atau dikategorikan sebagai anak-anak yang dibawah kecerdasan purata atau ‘average intelligence’ dengan anak-anak yang sebaya dengan mereka.
Berikut disenaraikan ciri-ciri anak-anak kategori ‘slow learner’ supaya kita dapat mengenal pasti dan difikirkan pendekatan atau program terbaik untuk mereka;
1. Perkembangan - mempunyai gaya bahasa yang tidak matang atau masalah pertuturan
2. Sosial - lemah membuat keputusan, bersikap tidak matang, memilih untuk berkawan dengan anak-anak yang lebih muda dari mereka
3. Peribadi - kerap kecewa, bersikap kasar, mudah cemas
4. Akademik - mempunyai kecekapan dalam tugas-tugas atau ‘task’ tertentu berbanding mata pelajaran, ingatan yang lemah, kesulitan memahami langkah-langkah dalam tugas diberi.
5. Pembelajaran - keperluan pembelajaran ialah maklumat baru mesti boleh dikaitkan dengan maklumat lama, mempunyai kesulitan memindahkan maklumat yang dipelajari dalam satu situasi ke situasi lain.
Harapannya dengan kita dapat mengenal pasti ciri-ciri 'slow learner' ini kita lebih menghargai anugerah yang diberi dan merancang usaha atau pendekatan terbaik untuk mereka. Manalah tahu dengan usaha tuan puan, anak-anak itu jadi genius seperti terjadi pada Einstein.
Semoga bermanfaat utk semua.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran