Betul. Ramai yang duk kata STPM ni susah. Dari mana dengar berita ni. Belum cuba belum tahu. Kepada Adik2 yang baru lepas SPM, ambe sarankan untuk ambil STPM. Berikut merupakan kelebihan STPM berdasarkan pengalaman ambe.
1. Sijil STPM adalah setaraf diploma ( Boleh apply gred 29 kerja kerajaan )
2. Waktu belajar yang singkat ( 1 tahun setengah )
3. Menjimatkan kos ( Hanya bayar yuran PIBG dan Akademik je ( Rm 100-250 setahun bergantung atas sekolah )
4.Mendapat bimbingan yang mantap drpd Guru berpengalaman.
5. Assignment korang lebih tersusun dan teratur bila sambung degree masuk Universiti sbb telah diajar format dan susunan semasa di form 6 berdasar kpd panduan KPM
7.Bagi pelajar terengganu mendapat bantuan Rm 800-1000 bagi setiap pelajar form6.
8.Duit belanja Rm5 sehari sudah cukup untuk kenyangkan perut di kantin sekolah.
9. Tidak lagi memakai baju sekolah. ( korang boleh shopping baju kemeja dan baju kurung yang korang suka untuk pakai di form6). Wajib juga memakai tali tie. Kadang2 adik2 boleh tertukar korang dgn pengetua sekolah .
10. Banyak kali dah dgr yang budak stpm ni lebih perform drpd student lain bila berada di U pada peringkat ijazah. ( 3 org lecturer ambe pun pernah kata benda yang sama)
11.Berpeluang memperoleh Band yang tinggi dalam MUET sbb sepanjang tahun korang akan dibimbing oleh Guru Muet yang profesional ( Mcm ambe dulu Madam Julia dan Puan Rosidah mengajar ). Dua2 mmg power lah.
12. Korang akan exam mengikut semester mcm Sistem Universiti tu lah. Mudah je. Takyah nak study banyak perkara. 3 sem 3 kali exam lah.
13. Kalau nak cerita mmg banyak lah. Yang ambe senaraikan ini hanyalah sebahagian sahaja untuk memberi sedikit panduan kpd pelajar yg tak tahu lg nak sambung kat mana.
14. Sambung matrik ke, asasi ke, diploma ke atau stpm ke ada kelebihan masing2 yang tersendiri.
15.Dan satu lagi, takyah malu2 laa ke pokcik n mokcik hok duduk kg tu walaupun kita masuk STPM. KITA YANG MEMBINA MASA HADAPAN KITA. KALAU KITA DUDUK DENGAR CAKAP ORG JE, DOK MAJU HIDUP KITA.
Sekian sahaja drpd ambe.
Credit : Muhammad Al Adham
Tiada ulasan:
Catat Ulasan