Cakna Ejaan bahasa Melayu
1. *Akademi*
Akademi Dansa yang ditubuhkan bagi golongan kanak-kanak itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk sekitar.

2. *Akademik*
Pencapaian akademik dan koakademik yang seimbang mampu melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama dalam kalangan remaja.

3. *Ambulan*
Keretakan pada tulang kaki adik Ali semakin sembuh dan dia sudah boleh ambulan.(berupaya untuk berjalan)

4. *Ambulans*
Perkhidmatan ambulans swasta di ibu kota telah mengurangkan kebergantungan orang ramai kepada pihak hospital.

5. *Agen*
Nyamuk Aedes dikenal pasti sebagai agen pembawa demam denggi yang mampu mengakibatkan kematian.

6. *Ejen*
Jurujual dan ejen jualan dilarang memasuki premis makanan itu tanpa kebenaran daripada pihak pengurusan pusat.

7. *Gelap*
Kawasan yang gelap dan sunyi itu menjadi sarang penagihan dadah kepada remaja yang masih menganggur.

8. *Gilap*
Kasut kulit yang baru dibeli itu akan saya gilap sebelum digunakannya ke pejabat.

9. *Buruh*
Buruh kasar yang diimport dari luar negara harus diberikan layanan yang sewajarnya oleh pihak majikan.

10. *Baruh*
Sebuah pondok usang yang terdapat di baruh bukit itu telah dijadikan sebagai tempat rehat oleh petani di kawasan itu.

11. *Jamuan*
Jamuan makan malam anjuran syarikat konglomerat itu dihadiri oleh orang-orang kenamaan dari luar negara.

12. *Jemuan*
Kanak-kanak orang Asli di kawasan pinggir hutan itu semuanya jemuan kerana tidak terdidik dengan nilai murni.

13. *Rasmi*
Upacara pembukaan rasmi dewan baharu itu akan disempurnakan oleh pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri(JPM).

14. *Resmi*
Hidangan sirih selepas makan tengah hari telah menjadi resmi keluarga Pak Ali sejak turun-temurun.

15. *Lawat*
Datuk dan nenek di kampung telah saya lawat pada cuti semester yang lalu.

16. *Lewat*
Sikap Wendy yang senantiasa lewat ke sekolah telah dikecam oleh guru disiplin dan pengetua sekolahnya.

17. *Tinggal*
Kehidupan Mak Piah yang tinggal sebatang kara selepas kematian suaminya amat mendukacitakan.

18. *Tanggal*
Tanggal keramat 31 Ogos 1957 perlu disambut dengan meriahnya supaya golongan muda dapat menghayati perjuangan dan pengorbanan tokoh pejuang negara.

Jom follow group telegram untuk mendapatkan nota-nota terkini utk anak² sekolah rendah dan sekolah menengah..
Klik link dibawah : 👇
✏️📑Nota-Nota Pembelajaran 📑✏️
Pelbagai jenis nota untuk semua subjek termasuk membaca,nota sekolah rendah dan sekolah menengah 🤗
Tiada ulasan:
Catat Ulasan