Isnin, 8 April 2019

‘Ganja boleh merawat kanser! Legalise ganja!’???

‘Ganja boleh merawat kanser! Legalise ganja!’
Begitulah laungan yang dipohon pelbagai pihak untuk menghalalkan ganja. Sedangkan sehingga kini ganja masih gagal dan tidak dibuktikan secara klinikal merawat penyakit. Hanya mengawal simptom sahaja.
Kalau betul perjuangan legalisasi untuk medikal, sudah ada sediaan farmaseutikal yang standard dan terkawal berasaskan ganja. CBD atau THC atau campuran kedua-duanya yang telah dipiawai dan dilesenkan untuk perubatan.
Kenapa mereka tidak memohon saja sediaan ini disedia dan dilesen oleh KKM supaya boleh dipreskripsi doktor? Kenapa mahu legalisasi bahan mentah yang boleh disalahguna?
‘Yang asal lebih natural’
Nah, ambil kemunting cina ni... kunyah! Pokok ini mengilhamkan banyak kompaun yang digunakan dalam kemoterapi seperti vincristine, vinblastin, vinorelbine. Kompaun-kompaun ini malah telah dibuktikan secara klinikal dan telah merawat jutaan manusia seluruh dunia. Bukan testimoni dan persepsi seperti ganja. Murah dan legal.
Boleh?

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran