Khamis, 9 Mei 2019

PENGGANDAAN KATA MAJMUK


PENGGANDAAN KATA MAJMUK

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca.
Kata majmuk dapat mengalami proses penggandaan. Bagi kata majmuk yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih,yang digandakan ialah unsur pertamanya.
Contohnya:
1.
Meja tulis (kata majmuk)
Meja-meja tulis (penggandaan kata majmuk)
2.
Ketua murid (kata majmuk)
Ketua-ketua murid (penggandaan kata majmuk)
3.
Peluru berpandu (kata majmuk)
Peluru-peluru berpandu (penggandaan kata majmuk)
4.
Jam tangan (kata majmuk)
Jam-jam tangan  (penggandaan kata majmuk)
Sementara itu, bagi kata majmuk mantap yang dieja bercantum, penggandaan melibatkan keseluruhan perkataan.
Contohnya.
1.
Tandatangan (kata majmuk mantap)
Tanda-tandatangan 
Tandatangan-tandatangan (penggandaan kata majmuk mantap)
2.
Jawatankuasa (kata majmuk mantap)
jawatan-jawatan kuasa
Jawatankuasa-jawatankuasa (penggandaan kata majmuk mantap)
3.
Setiausaha (kata majmuk mantap)
Setia-setiausaha
Setiausaha-setiausaha (penggandaan kata majmuk mantap)
4.
Olahraga (kata majmuk mantap)
Olah-olahraga
Olahraga-olahraga (penggandaan kata majmuk mantap)
5.
Kakitangan (kata majmuk mantap)
Kaki-kakitangan
Kakitangan-kakitangan  (penggandaan kata majmuk mantap)
Soalan peperiksaan biasanya memfokuskan bahagian kesalahan yang melibatkan penggandaan kata majmuk mantap. Oleh sebab itu, guru-guru dan murid-murid wajar mengenali dan mengingati 15 kata majmuk mantap agar tidak diperangkap oleh soalan yang biasanya digubal dengan unsur pengganggu.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran