Salah satu sebab wabak demam campak tersebar dengan cepat ialah liputan imunisasi yang rendah dalam kalangan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang.
Bagi dos pertama suntikan Vaksin MMR yang diberikan kepada bayi berumur 9 bulan, hanya 61.5% sahaja yang mengambilnya.
Bagi dos kedua suntikan vaksin yang sama yang diberikan kepada bayi berumur 12 bulan, jumlah yang mengambilnya menurun kepada 30% sahaja.
Kita memerlukan sekurang-kurangnya 95% liputan imunisasi agar herd immunity (Imuniti Berkelompok) dapat berfungsi dengan baik.
#share #share #share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan