Isnin, 1 Julai 2019

Bukan Sekadar Najis...

Bukan Sekadar Najis...
Najis anda 💩 merupakan hasil yang menjadi refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat ubatan dan gaya hidup seharian.
Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart ini , merupakan rujukan untuk membandingkan ciri ciri najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.
😌 Najis yang normal adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah di keluarkan
😖 Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami sembelit. Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyah tinja lebih menyakitkan
😩 Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami cirit birit. Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut.
Ciri ciri perkumuhan yang sihat
 Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan ( biasanya sarapan)
 Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar
 Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas
 Tidak perlu meneran najis
 Tidak perlu kembali ke tandas semula selepas bangun dan selesai
Ubah cara pemakanan dan gaya hidup anda untuk najis yang lembut dan lancar
Reference: Heaton, K W & Lewis, S J 1997, 'Stool form scale as a useful guide to intestinal transit time'. Scandinavian Journal of Gastroenterology, vol.32, no.9, pp.920

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran