Soalan:
1. Adakah kata hubung dapat digunakan pada awal ayat?
2. Adakah semua ayat yang menggunakan kata hubung pada awal ayat dianggap ayat songsang?
2. Adakah semua ayat yang menggunakan kata hubung pada awal ayat dianggap ayat songsang?
Jawaban:
1. Semestinya kata hubung dapat digunakan pada awal ayat dan bukan semua *kata hubung* dapat digunakan pada awal ayat.
2. Bukan semua ayat yang menggunakan kata hubung pada awal ayat membentuk ayat songsang.
Lihat contoh di bawah ini:
1. Yang berbaju merah itu abang saya.(ayat biasa)
Ayat asal:
Orang/Lelaki yang berbaju merah itu abang saya.
Orang/Lelaki yang berbaju merah itu abang saya.
2. Bahawa ibunya sakit tenat diberitahu oleh Ali.
(ayat pasif)
(ayat pasif)
Ayat asal:
Ali memberitahu bahawa ibunya sakit tenat.
3. Jika hari tidak hujan,saya akan ke rumah kamu.
(ayat songsang)
(ayat songsang)
Ayat asal:
Saya akan ke rumah kamu jika hari tidak hujan.
Saya akan ke rumah kamu jika hari tidak hujan.
Dengan berdasarkan contoh-contoh di atas,jelaslah bahawa kata hubung dapat ditulis pada awal ayat dan setiap ayat yang terbentuk daripadanya membentuk pelbagai ragam dan jenis ayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan