Selasa, 6 Ogos 2019

CECAIR NIKOTIN BERPERISA sebagai bahan utama VAPE ??

Kepada pihak yang mengatakan isu vape adalah “isu terpencil”.. sila ambil perhatian.
Isu vape bukan main main ya. Terkini, guru menemui pen yang telah diubahsuai untuk dijadikan sebagai Vape DIY.
Cara pembuatan dan bagaimana ia digunakan TIDAK perlu kami kongsikan, tetapi ia menggunakan CECAIR NIKOTIN BERPERISA sebagai bahan utama.
Tuan tuan, cecair nikotin yang berbau seperti buah buahan ini menyembunyikan kesan bahaya yang sangat menakutkan. Ia menyebabkan ketagihan yang luar biasa. Pelajar sekolah tak tahu akan ancaman ini.
Anak anak ini otaknya masih berkembang... Kajian menunjukkan pendedahan kepada nikotin pada usia kanak kanak menyebabkan kerosakan pada otak.
Bahagian otak yang terjejas adalah bahagian yang penting untuk pembelajaran, tumpuan, mood dan impulse control.
Apa akan jadi pada mereka sekiranya otak yang dilahirkan sempurna rosak pada usia muda?
Ibu bapa, pemimpin masyarakat, agamawan.. Tolonglah ambil perhatian, cecair nikotin berperisa ini di jual bersepah sepah di pasaran. Harganya cukup murah dan boleh dikongsi ramai.
Masih lagi rasa isu vape ini isu terpencil?? Fikirkan!
#VapeTheReturn
Kembali merosakkan anak anak anda
Sumber: Public Health Malaysia

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran