Khamis, 29 Ogos 2019

DHA dan EPA dalam ikan sardin ??

Saya suka makan ikan sardin segar yang jual di pasar. Selepas bersihkan dan buang perutnya, saya goreng tepung atau goreng kunyit saja. Saya bawakan perkongsian Dr Izaza Mohd Zan tentang ikan sardin segar.
.
Ramai yang beli makanan dalam tin sebab jimat masa dan jimat tenaga. Cuma makanan dalam tin ni tak berapa elok kalau dimakan kerap, sebab ada bahan pengawet yang banyak. Cuba makan makanan yang fresh, lagi selamat dan berkhasiat. Macam ikan sardin, sebenarnya ikan sardin ni bagus sangat untuk ibu mengandung dan kanak-kanak. Sebab ikan sardin kaya dengan OMEGA 3, EPA dan juga DHA membantu perkembangan minda bayi dan kanak-kanak
.
DHA dan EPA dalam ikan sardin, juga boleh bantu kurangkan penyakit gusi jika gusi dan gigi ada inflammasi dengan syarat keadaan gigi dan gusi bersih dari plak. Bukan tu je, kalau kita makan ikan sardin sekali dengan tulangnya, kita boleh dapat KALCIUM, VITAMIN D dan PHOSPHORUS dari ikan sardin tu sendiri. Banyak betul mineral dalam ikan sardin ni dan ramai yang tak tau. Ikan sardin ni sehebat ikan salmon dan ikan mercel yang mahal tu
Kredit : Dr Izaza Mohd Zan

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran