Selasa, 20 Ogos 2019

Ibu bapa dan guru guru tolong ALERT.

Ibu bapa dan guru guru tolong ALERT. Vape terkini BUKAN seperti dahulu yang besar dan mahal harganya.

Peniaga peniaga diharapkan dapat HENTI mempromosikan produk ini secara besar besaran 🙏🏼
Anak anak kita menerima TEMPIAS dari pemasaran luar biasa POD yang sangat berleluasa.
************************************************
Apakah tindakan ibu bapa?
- Pantau anak dengan lebih kerap dan buat spot check selalu
- Perhatikan sebarang abnormality tindak tanduk dan kelakuan anak yang mencurigakan
Apakah tindakan guru-guru?
- Tindakan secara lebih aktif dengan melakukan spot check dengan lebih kerap dan laporkan kepada ibu bapa jika murid dikesan memiliki dan membawa vape ke sekolah.
- Laporkan secara lebih kerap kepada Jabatan jumlah kes yang membabitkan vape di sekolah dan berapa kes berulang
Apakah tindakan Jabatan Pelajaran Negeri/PPD?
- Laporkan dengan telus berapa jumlah kes dan jangan disorok sekiranya jumlahnya tinggi. Laporan perlu bersifat berkala - mingguan dan bulanan.
- Tidak mengapa jika melaporkan. jumlah kes tinggi. Ini memberi peluang supaya pihak kementerian/kerajaan membuka mata dan melihat perkara ini sebagai suatu kes yang serius dan bersifat nasional.
Apakah tindakan orang awam?
- Laporkan segera kepada PBT/KPDNKK jika mengesan atau melihat aktiviti menjual vape dalam apa jua bentuk (walaupun bersifat mainan) berhampiran sekolah.
- Laporkan kepada PBT/KPDNKK jika melihat aktiviti menjual vape tanpa lesen seperti gerai pacak ditepi jalan
- Laporkan kepada PBT/KPDNKK jika terlihat aktiviti menjual vape kepada murid sekolah

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran