Khamis, 22 Ogos 2019

SIFIR adalah JANTUNG Matematik dan PECAHAN adalah IBU segala topik.

Waktu free tadi, aku semak semula soalan sebenar UPSR 2018 yang ramai murid kata susah dan tak sempat masa menjawab.
Soalan Kertas 1 mengandungi 21 soalan yang memerlukan murid kuasai sifir dan 16 soalan yang memerlukan murid kuasai pecahan.
Murid yang tak hafal sifir dan tak kuasai pecahan dengan baik, makan akan bermasalah nak selesaikan dengan cepat dan tepat.
Aku belek pula soalan Kertas 2, ada 13 soalan (termasuk soalan berangkai) yang memerlukan kemahiran sifir dan darab serta 9 soalan berkaitan pecahan.
Sebab itu aku selalu tekankan.
SIFIR adalah JANTUNG Matematik dan PECAHAN adalah IBU segala topik.
Tolong ya kawan-kawan yang ada anak sekolah rendah. Tolong pastikan anak-anak kuasai pecahan dan hafal sifir.
#MFS
sumber : Cikgu Korea

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran