Rabu, 25 September 2019

Teknik pengembangan isi karangan.

Teknik pengembangan isi karangan.
Tajuk:cara-cara menjaga alam sekitar
Isi
1. menggunakan produk mesra alam
2. mengamalkan kitar semula
3. menjaga kebersihan alam sekitar
4. menggalakkan pembangunan lestari
Isi-menggunakan produk mesra alam
Kenapa 1-tidak mengancam ekosistem alam sekitar
Kenapa 2-tidak memudaratkan manusia dan flora serta fauna yang menghuni bumi
Contoh-menggunakan petrol tanpa plumbum,menggunakan kereta hibrid/elektrik
Kesan 1-tidak menjejaskan rantaian makanan yang wujud dalam sesuatu habitat
Kesan 2-tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar yang mampu meninggalkan implikasi yang buruk
Kesimpulan-Sudah terang lagi bersuluh bahawa ( isi 1) kerana mencegah lebih baik daripada mengubat.
Gunakanlah teknik
1. Isi
2. Kenapa 1
3. Kenapa 2
4. Contoh
5. Kesan 1
6. Kesan 2
7. Kesimpulan + Peribahasa/Ungkapan Menarik
untuk menjanakan perenggan isi yang mantap lagi bitara.
Cuba mengembangkan isi 2,3, dan 4 dengan menggunakan kaedah di atas ini.
disediakan oleh:
Cikgu Theeban Anbalagan

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran