Ahad, 6 Oktober 2019

Kata Hubung Pancangan Komplemen

Kata Hubung Pancangan Komplemen

1. bahawa
a. dapat berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif transitif
Ali menyatakan bahawa ibunya telah dimasukkan ke hospital.
Adriana memaklumkan bahawa dia tidak dapat mengikuti kem kepimpinan pelajar itu.
b. dapat berfungsi sebagai pelengkap dalam ayat aktif tak transitif
Saya berharap bahawa perkara ini akan diatasi dengan segeranya.
Kami bercadang bahawa isu ini dibawa kepada perhatian pihak atasan.
c. dapat berfungsi sebagai subjek dalam ayat pasif
Bahawa ibunya telah dimasukkan ke hospital telah dinyatakan oleh Ali.
Bahawa dia tidak dapat mengikuti kem kepimpinan pelajar itu dimaklumkan oleh Adriana.
d. dapat berfungsi sebagai kepala klausa tak bebas
Ali memberitahu ibunya bahawa dia terpaksa menghadiri kelas tambahan pada petang itu.
Ruban memberitahu para pemainnya bahawa permainan akhir pasukan mereka terpaksa ditangguhkan akibat beberapa masalah.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran