Ahad, 13 September 2020

TAHUN 1 MASIH TAK PANDAI MEMBACA ??

 



DAH TAHUN 1 TAPI TAK BOLEH MEMBACA ??


Kadang-kadang bila ada ibubapa yang whtsapp #nakkelasmembaca tapi anak dah masuk tahun 1/2/3 dan hanya kenal huruf sahaja. Ada yang lagi parah bila huruf tak kenal habis lagi dan ada yang kadang-kadang :

- huruf b jadi d
- huruf f tertukar dengan huruf h,s(sebutan)
- huruf p jd d


Dan macam-macam lagi. Mula-mula rasa nak marah pada parent sebab ramai yang tak tahu zaman sekarang pelajar yang masuk tahun 1 sebolehnya dah lancar membaca.


Zaman sekarang bukan macam zaman dulu , tahun 1 boleh lagi nak belajar membaca. Zaman sekarang dah 100xganda bezanya. Kalau tahun 1 tak boleh membaca macam mana dengan silibus.

Kalau tahun 1 lagi dibiarkan begitu saja dan anggap tiada apa masalah sebenarnya itu puncau uatam yg boleh dikenalpasti anak-anak ketinggalan dalam pembelajaran.


Memang betul Cikgu di sekolah memang ditugaskan untuk mengajar tp tak kan nak serahkan pada Cikgu sepenuhnya. Akhir-akhir salahkan Cikgu sekolah . Kadang-kadang bila ditanya kenapa baru nak cari #kelasmembaca mostly alasan sebab nak exam dan sibuk bekerja tak tahu anak masih tak lancar membaca.


Jadi kalau tak ada masa nak ajar anak dirumah cuba cari inisiatif lain dengan tuisyen , apa-apa masalah semua boleh selesai sama ada mahu dengan tidak sahaja.


Jangan salahkan anak 100% nanti bila dah besar kalau keputusan tak memuaskan tp ibubapa juga kena cari jalan nak bantu anak-anak. Kita cuba cari jalan sekurangnya kita usaha yang TERBAIK.


P/S : #nakkelasmembaca secara personal boleh pm. Nak tanya-tanya dahulu pun boleh. Tak tanya tak tahu. Dah tanya mesti berbaloi.

Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran