Bila Ibu Ibu Penat Handle Bermacam Tugas dan Urusan Seharian,
Ibu ibu jangan lupa buat 'Self Care' ya.
Yalah asyik 'care' orang tersayang, si cenonet anak anak dan si besar ayah, kini tiba masa layan diri pula... Manjakan dirimu, bebaskan dirimu.
Ia sama macam penjagaan diri juga, cumanya ia lebih personal, spesifik untuk tiap diri ibu yang berbeza dan unik.
Ia penting untuk pastikan ibu ibu seimbang, jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman - emosi, spiritual dan pemikiran sihat) dan elak 'burnout' atau meletus macam bom jangka.
.
Di sini saya senaraikan idea 10 aktiviti 'Self Care' yang ibu ibu boleh cuba buat dan 'decide' jika sesuai:
.
1. Call kawan baik bff dan sembang. Ini kalau terbatas masa nak jumpa 'live'. Ada juga yang terbatas nak sembang call, whatsap/ mesej di telegram, meluah dan berkongsi pun ok sangat, lega. Tapi bff atau kenalan ni perlulah jenis yang positif orangnya. Meet up jumpa 'live' / online dengan kawan atau geng pun ok
(Tangki emosi: Perkataan). Ada juga yang sesuai dengan call dan dengar suara mak sendiri
Pun sangat ok.


.
2. Hadiahkan diri dengan buat minuman panas / sejuk kegemaran sendiri, contoh hot chocolate ke, teh tarik sihat ke, air sirap bandung ke, kopi halia best ke, heheh apa apa lah asalkan ibu minat dan sekali minum terus rasa segar sampai perut dan otak. (Pepatah lama mengatakan, gendang gendut tali kecapi kan, kenyang perut suka hati, air kegemaran juga refreshing perut dan emosi kita).
.
Sama minuman ini ialah makanan, macam goreng pisang ke, kek secret recipe ke - sama ada pergi ke kedai atau cuba buat sendiri.
Makanan/Minuman ni sesekali boleh, sedikit, bukan banyak berlebihan, nanti gula naik pula ya. Kita kan nak sihat dan gorgeous selalu.
.
3. Hadiahkan diri dengan pergi ke SPA untuk urutan seluruh badan, SPA ni ada konsep persekitaran terapeutik yang membantu lapangkan emosi kita. Jika nak bajet, kenali / cuba pengurut yang bagus, sama ada pergi ke rumahnya atau upah dia mai rumah dan urutlah dalam sejam gitu. (Tangki emosi: Sentuhan)
.
4. Pergi bawa diri berjalan / window shopping, atau ke alam semulajadi yang ibu suka macam air terjun ke, sungai ke, track senaman ke, berbasikal ke, panjat gunung ke dan apa apa sahaja asalkan sesuai dengan diri dan ibu akan rasa 'release'. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.
5. Menonton wayang / cerita yang inspirasi untuk diri. Dah lama tak tonton wayang / konsert, boleh pergi jika ada cerita sesuai. Ia sama juga, tidak perlu sampai banyak kali, sesekali akan banyak membantu hiburan seperti ini. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.
6. Mandian air suam dengan bauan pati bunga yang menenangkan dan refreshing. Sama orang berpantang, ada mandian suam herba akar kayu, ia sangat menyegarkan urat dan badan seluruhnya. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.
7. Join anak anak main sekali ! Ha ini kena sporting la ya, berlari sama, melompat sama, terbangkan belon sama, layangkan layang layang / wau sama. Memang rasa emosi ringan sangat. Sebab aktiviti kanak kanak secara fitrahnya ni memang meringankan emosi sebab kanak-kanak amat mudah let go dan lupa segala perkara berlaku bila mereka bergerak.
.
8. Membaca. Ada ibu ibu dah lama tak membaca. Bila dapat membaca buku novel cinta masa zaman remaja dulu/ komik, dapat baca lagi, fuhh best juga layan. Again, bukan tiap hari sampai ketagih, tapi sikit sikit aja.
.
9. Dengar lagu kegemaran lama lama masa zaman muda dulu, 90-an kita. Bila sesekali dengar, memang best layan emosi muda dan ringan tu. Sambil senyum sorang-sorang, ibu sendiri saja tahu. Hehehe.
.
10. Pergi tempat yang boleh jerit sekuat hati. Contoh bukit ke, laut ke, karoake ke, asal dapat jerit bebas tak kisah orang nak kata apa. Puas hati dan anak perut, hehehh.
.
Apa pun, pastikan aktiviti sihat, selamat dan berkat ya.
Ia akan activate sistem emosi positif di otak ibu ibu: 'Care/Attachment System', 'Play System' dan 'Seeking System'.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan