Ayuh membuat ulang kaji SPM
Edisi Distingtif Cakna Bahasa
50 kesalahan bahasa
1. atas talian

dalam talian

2. di dalam lingkungan

dalam lingkungan

3. dipermudahkan urusan

dipermudah urusan

4. pelbagai multimedia

multimedia

5. semua orang murid

semua murid

6. setiap orang guru

setiap guru

7. beberapa langkah-langkah

beberapa langkah

8. antara usaha-usaha

antara usaha

9. kos perbelanjaan pembersihan

kos/perbelanjaan pembersihan

10. oleh kerana

oleh sebab

11. memperolehi kejayaan

memperoleh kejayaan

12. memperkasa bahasa Melayu

memperkasakan bahasa Melayu

13. mereka baca

dibaca oleh mereka

14. kami terpaksa lalui

terpaksa kami lalui

15. disusun oleh kami

kami susun

16. selekoh merbahaya

selekoh berbahaya

17. membancuhkan kopi

membancuh kopi

18. menggoreng ayah

menggorengkan ayah

19. membuat bising

berbuat bising

20. ada dengan ibu

ada pada ibu

21. akibat daripada amalan merokok

akibat/daripada amalan merokok

22. salah satu punca

satu punca

23. berbondong orang

berbondong-bondong orang

24. lebih tinggi dari adik

lebih tinggi daripada adik

25. tertinggi sekali

tertinggi/tinggi sekali

26. paling cantik sekali

paling cantik/cantik sekali

27. teramat segak sekali

teramat segak/segak sekali

28. seekor labah

seekor labah-labah

29. setengah penghuni

sesetengah penghuni

30. tolong jangan berlari

jangan berlari

31. minta jangan merokok

jangan merokok

32. sila jemput ke rumah saya

sila/jemput ke rumah saya

33. balik kampung pada hujung minggu

balik ke kampung pada hujung minggu

34. menyatakan yang ibunya sakit

menyatakan bahawa ibunya sakit

35. saling bahu-membahu

saling membahu/bahu-membahu

36. amat terang-benderang

amat terang/terang-benderang

37. amat cantik-cantik belaka

amat cantik/cantik-cantik belaka

38. harap minta hantar buku itu

harap/minta hantar buku itu

39. harap tolong jaga kebersihan

harap/tolong jaga kebersihan

40. sila tolong senyap

sila/tolong senyap

41. alat tulis-alat tulis

alat-alat tulis

42. jangan memetik bunga

jangan petik bunga

43. jangan lari di kawasan itu

jangan berlari di kawasan itu

44. di kalangan guru

dalam kalangan guru

45. dalam kalangan murid-murid

dalam kalangan murid

46. hingga ke senja

hingga senja

47. selain daripada itu

selain itu/lain daripada itu

48. usah jangan bimbang

usah/jangan bimbang

49. usah jangan merokok

jangan merokok/dilarang merokok

50. lain-lain aspek

aspek-aspek lain

disediakan oleh:
Cikgu Theeban Anbalagan
22
People reached
1
Engagement
Tiada ulasan:
Catat Ulasan