Anak nak main game?
Kita tak boleh nak halang 100% anak main game kerana ini zaman mereka & kebanyakan pekerjaan masa hadapan memerlukan skills yang ada di dalam game
Cuma sebagai ibubapa, kita kena lakukan 3 perkara ini :
i. Ajar anak self-discipline
- limit masa bermain
- tahu dos & don'ts
- lakukan dulu rutin harian utama
ii. Ajar anak self-control
- anak pandai kawal diri
- anak pandai jaga mata
- anak pandai berhenti bila masa bermain dah tamat
iii. Minta anak bermain di bawah pantauan kita
- install apps yang boleh kita monitor anak kita
- bagitahu anak kita untuk bermain di depan kita
- tidak tinggalkan anak bersendirian dengan gajetnya
Dah tahu ni praktis terus ya
November 10, 2021
Anak degil?
Banyak penyebab anak jadi 'degil' dan tak dengar cakap tapi ada 2 penyebab paling utama :
1. Kita amalkan Authoritarian Parenting
- terlalu mengongkong anak
- terlampau mengawal anak
- terlampau menekan anak
2. Kita amalkan Permissive Parenting
- kita terlampau berlembut
- biarkan anak pijak kepala
- terlampau ikut cakap anak
Yang terbaik adalah yang bersederhana dalam semua hal
p/s : Apa apa yang saya ajar di sini kena terus praktis ya barulah anda akan nampak hasilnya pada anak anak, keluarga dan diri anda sendiri
November 11, 2021
Nak anak jadi tenang?
Bila anak tenang, kita pun akan turut terkena tempias ketenangan mereka. Cuba buat 3 perkara mudah ini :
i. Be Responsive
jangan mudah melatah
jangan cepat melenting
jangan cepat menyinga
ii. Be attentive
banyak perhati
banyak mendengar
banyak memahami
iii. Be empathetic
cuba merasai perasan anak
cuba menerima anak seadanya
cuba memahami sudut pandang anak
InsyaAllah anak tenang, ibu bahagia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan