Ahad, 29 Mei 2022

CARA MENYOKONG MINAT ANAK-ANAK

 



JADILAH IBUBAPA YANG MENYOKONG MINAT ANAK-ANAK.

Sesetengah kanak-kanak mempunyai minat tertentu secara semula jadinya manakala kanak-kanak lain pula perlu mencuba beberapa aktiviti untuk mengetahui minat meraka tetapi sering disalah anggap sebagai tidak bermotivasi.

Jangan tawar hati memberi anak anda peluang untuk mengetahui kebolehannya mungkin akan mengambil masa. Kajian telah membuktikan bahawa kecenderungan seorang kanak-kanak terhadap sesuatu aktiviti merupakan peramal paling kuat bahawa dia akan meneruskan penglibatannya.

Anda mungkin menyedari minat semula jadi anak anda semasa lawatan ke muzium (angkasa, dinosaur), atau semasa kegiatan waktu lapang seperti melukis.

Membaca buku merupakan satu cara lagi untuk mengetahui minat anak anda, jadi anda perlu ambil perhatian kepada apa yang mereka baca.

Mempunyai kemahiran semula jadi memberi kebaikan tambahan
kepada anak-anak anda dan mereka akan lebih bersemangat melakukan sesuatu yang dia mahir dan minat.


Tiada ulasan:

LINK TELEGRAM NOTA PEMBELAJARAN

  https://t.me/notapembelajaran